“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Wednesday, September 21, 2005

Episod Baru

Bukit Subang. Nama yang tak pernah aku tahu sebelum ini. Maksud aku, sebelum aku gatal-gatal tangan mencari rumah sewa di enjin carian cari.com.my. "Rumah sewa serendah RM650 di Shah Alam". Terus terpikat, call agent dan confirm utk menyewa. Mudah betul.

Akhirnya, dua hari yang lepas kami secara sahnya menyewa di rumah baru tuan rumah yang baik ini. Alhamdulillah, selesai kerja-kerja angkat barang. Memenatkan! Rasa macam ndak cuti seminggu je. Melepak dan bersenang-senang atas tilam empuk.

Semasa kemas-kemas barang dalam laci almari makeup Zuha, aku ternampak kad warna biru - kad janji temu Pusat Rawatan Darul Ehsan.
Bingkas otak berfikir ligat. Eh!? Zuha tak period lagi?
Tak sempat tanya Zuha, dia tersenyum simpul.
Esoknya, kami ke Guardian dan mencari alat itu. Penguji kehamilan.

Malam itu, setelah selesai kemas saki baki barang, dan aku pun leka dengan buku-buku, Zuha datang menghulur alat semacam pen yang besar dengan satu tanda "+" berwarna biru.

Aku kelu sekejap. Dalam hati, meneka-neka juga kalau-kalau salah bacaan.
Belek-belek manualnya, memang sah. Kalau ikut kata kertas tu, "over 99% accurate".
Alhamdulillah. Dah terdetik di hati. Aku akan jadi bapa tahun depan? InsyaAllah.

"Esok kita pergi klinik..."


Episod baru pun bermula..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home