“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Tuesday, October 07, 2008

Ramadan yang Pergi...

Hari ini sudah pon masuk seminggu Syawal.
Syawal tahun ini mungkin lebih kurang sama saja bagi aku.
Yang lainnya, anak semakin membesar. Semakin pelbagai perangai dan karenahnya.

Ramadan yang berlalu. Kenapalah terasa terlalu singkat?
Mungkin dugaan Allah, tahun ini masih tak tertunai azam untuk beribadah penuh.
Malam dipenuhi terawih. Hari-hari disinari ayat-ayat suci Al-Quran satu juzuk.

Doa aku tahun hadapan, dapat berbuat sesuatu yang diimpikan.
Entahlah.. mungkin beraya di tanah suci? Insya Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home