“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Thursday, February 18, 2010

Berjalanlah Di Sisi Sambil Tanganku Kau Taut (Buat Sahabat SAMTH)

Di sisiku, jauh di sudut ini
ada sebuah senyuman yang manis
Senyuman itu amat ikhlas
di sebaliknya ada ketenangan

Silaturrahim yang tertaut
adalah bingkisan yang terungkai
mengubah warna-warna suram
biarkan sebentar cuma, bak pelangi
yang mendamaikan...

Ketika kau bingkas bangun
Keluarkan diri dari pagar untuk sebuah kemerdekaan
Kau lupakan aku
Lupakan kertas-kertas yang pernah kita conteng bersama
Di atasnya ada madu, air mata dan keringat.

Ketika kau kembali
Cuba mencari sedikit penawar
Rupanya semudah itu kau tertawan
Di kota hitam kau sendiri
Ya sahabat
Aku masih di sini
menyimpan kertas-kertas itu

Lalu bila ku hulur kepadamu
Senyuman yang berkurun lama
Yang pernah tersimpan dalam sanubari ini
Kembali menyinari hari yang pernah suram

Terima kasih sahabat
Jalanmu jalanku mungkin berbeza
Namun,
Aku masih perlukan tanganmu
Dapat ku taut walau seketika
Cukup mengubat rindu seabad.....

Imiahus Irafas
Denai Alam
18 Feb 2010

0 Comments:

Post a Comment

<< Home