Soraya
Klinik Soraya - destinasi kami selepas kerja.
No. 19 adalah nombor giliran yang Zuha dapat selepas receptionist menghulur kembali kad pengenalan Zuha. Sambil tu, aku dah mula membelek-belek brochure susu Anmum di atas kaunter pendaftaran tu - macam sedap je susu ni. he he he
Tiba giliran kami. Doktor tu memang nampak straight forward, ringkas dan agak garang. Seorang doktor perempuan. Kami keluar sebentar untuk mengambil sampel urin Zuha dan selepas 5 minit, nombor 19 kembali terpancul di LCD depan pintu masuk bilik doktor.
"Ya.. awak mengandung",
"11 Ogos... jadi 18 May tahun depan..." mukanya tegas.
"Sekarang minggu ke enam".
"Doktor kira..oh maknanya doktor kira dari hari pertama last period? " soalan bodoh aku.
"So..apa perlu kami buat, doktor?" soalan bodoh lagi.
"Just proceed.., jaga makan, jaga kesihatan..." jawapan bijak kot?
Itu saja jawapan ringkas doktor.
Sekurang-kurangnya lega juga hati. Ujian kehamilan yang kami buat tak salah.
Alhamdulillah.
Syukur.
"Bila kita nak jumpa doktor Norlin.."
Zuha masih kelu.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home