“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Sunday, February 21, 2010

Makcik Itu Gembira

Bingkas saja hujung satu minggu
mungkin urat-urat tuanya menjadi segar dan panas
teruja menanti anak-anak
jua cucu-cucu
mengunjunginya di hari sabtu atau minggu...

Riuh pekak pewarisnya
Mungkin pengubat duka laranya
Mungkin penawar sakit peningnya
Mungkin pengarang jantung sukmanya
Wadah suci buat makcik itu, mungkin.

Ku lihat dari jauh
Makcik itu gembira
menyambut semua dengan tangan luas
dan berlapang dada
Senyuman yang dikuntumi, berselang ucapan mesra
Dari mata yang redup
turun ke benak yang kembali cerah

Untunglah buat makcik itu
hari-harinya mungkin sentiasa indah
mungkin sentiasa meriah
mungkin hilang gundahnya
mungkin lenyap gusarnya

Ku lihat lagi...
Gembiranya makcik itu...
Buat kesekian kalinya.


Imiahus Irafas
Denai Alam
21 Feb 2010

0 Comments:

Post a Comment

<< Home