“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Sunday, September 25, 2005

Jalan-jalan cari Barang

Kebanyakkan kasut Zuha bertumit tinggi yang halus hujungnya.
Zuha ada sandal, tapi tak sesuai nak di bawa bekerja.
Jadi, sudah sampai masanya berkasut tumit rendah atau sederhana yang lebar.

Kami ke One Utama hari ini, tujuan utama : cari kasut tumit rendah dan lebar dan cari seluar yang bertali di pinggang.

Zuha tak lah cerewet sangat, tapi hampir sejam juga berjalan cari yang berkenan di hati. Akhirnya Zuha beli Hush-puppies, berwarna hitam. Nampak sederhana dan sesuai dengan Zuha.

Seluar pula, 2 helai, hitam dan biru cair warnanya. Dapat di Giordano.
Saiz pinggang Zuha tak besar sangat, tapi dia mengambil keputusan untuk beli seluar bersaiz 26 inci. Ukur dan alter di kedai yang sama dengan percuma.

Lepas tu, jalan-jalan di sekitar One Utama, kebetulan ada 2005 Johnson&Johnson Baby of the Year - final. Leka betul tengok gelagat baby ni. Bukan je baby yang banyak gelagat, tapi jugak mak bapa mereka. Maklumlah hadiah wang tunai RM15,000 untuk juara. Itu belum campur dengan hadiah-hadiah lain.

Baby - memang cute.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

website hits information can be found at www.webindiayellowpages.com

3:26 PM

 

Post a Comment

<< Home