“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Tuesday, March 27, 2007

Pergi...

Aku tersentak dari tidur. Tidur yang menyuramkan keadaan. Tengahari itu.
Aku tak pasti keadaannya. Terik atau mendung. Baru aku tersentak, sebentar tadi ada suara lemah yang menyusapi perasaan kelamku. Dan kini aku terdengar sesuatu. Sayup sekali suara azan Zohor memenuhi ruang angkasa. Mungkin di luar sana berbondong-bondong orang ke masjid. Menyempurnakan tugas untuk Maha Esa.

Kelopak mataku cuba berkedip tapi ia tertahan sendiri.
Mengapa masa itu ku rasa terhenti. Tiada bunyi detik yang ku dengar.
Perasaanku jadi hangat namun hakikatnya hatiku sayu.
Sayu untuk melihat sebuah keazaman yang gagal. Tekad yang berakhir dengan air mata.
Aku pasrah. Mereka juga pasrah. Ya, kami pasrah akhirnya.

Lantas...
Sekujur tubuh itu tidak pernah puas untuk aku tatapi. Selamanya.

20 tahun lalu,
Perasaan itu mungkin tidak sama.
Tapi pengertiannya serupa.
Malah lebih mengesankan jiwa.
Kerana, 20 tahun lalu... mungkin aku terlalu mentah. Untuk mengenali jerih perit pejuangan insan-insan itu. Ya, tahun-tahun itu dan sebelumnya, penuh dengan keindahan. Tiada kerisauan kerana semuanya adalah bakal terpahat sebagai memori indah untuk hari ini.

Namun bila pengertian yang serupa sebenarnya bakal terpahat dalam jiwaku, semuanya adalah ungkapan yang bisa merobek jiwa seorang aku. Kerana aku lebih mengerti. Kerana aku lebih memahami. Memahami dan mengerti situasi itu untuk kesekian kalinya. Ceritanya sama. Duka yang terpendam itu, abadi.
Aku masih impikan mimpi yang indah.

Yang datang, yang pergi...
Yang tinggal hanya aku dan kenangan.

Ya, 20 tahun lalu, 27 Mac 1987...
Cinta aku untuk insan bernama Ayah.
Al-Fatihah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home