“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Tuesday, December 12, 2006

Suhairi

Dia kaku di situ. Tegak berdiri.
Sesekali menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
Mengusutkan sedikit rambutnya yang tersisir rapi.
Bajunya putih, baru. Seluar birunya bergosok cantik.
Kasutnya dan stokinnya, semuanya baru tak terusik dek kotor.

Ramainya orang, riuh rendah.
Berlari-lari riang, tapi dia tetap kaku.
Matanya semakin liar dan rancak memerhati.
Ada budak besar tapi menangis.
Ada budak kecil tapi ligat.
Ada budak gemuk tapi melompat-lompat.
Ada budak kurus tapi lembik.

Ada lelaki tinggi dan buncit.
Ada perempuan cantik dan bermata bundar.
Ada juga pakcik pakai topi askar bawak cangkul dan kereta sorong.

Tersentak dia bila budak-budak berlari-lari riang
di depan matanya.
Hampir terlanggar dan tersadung kaki mereka.
Tampak berpeluh-peluh si budak dua orang itu.
Dia buat-buat senyum.
Mereka senyum.

Mereka berdua dan dia bercakap sekejap.
Kemudian, kelihatan tiga orang budak berlari-lari riang.
Bermula lagi cerita tentang sahabat.


Salah seorang itu Suhairi.
"Dia" adalah aku.
Aku tak bersekolah tadika, jadi bila masuk sekolah rendah,
aku macam blur, sebab tak ramai member sebaya.
Suhairi lah orang pertama tegur aku di sekolah rendah,
kira-kira 24 tahun dulu.



"Mi, aku tak boleh lupa masa kita sekolah dulu",ramah Suhairi macam biasa.

"Kalau kita masuk lumba lari, aku mesti dapat nombor 2".

Tersenyum aku mendengar. Kisah di sekolah rendah.

"Kau mesti nombor 1. Nombor tiga, Zaharin, kadang-kadang budak Indon tu,
...sapa nama dia er..."

Belum sempat aku jawab, Suhairi dengan pantas, "Ha! Bahteram!"


Suhairi, antara pencetus kenangan
zaman kanak-kanak yang tak terbanding.
Selalu indah, tiada yang pahit.

Semalam,
terjumpa Suhairi lagi.
Ramahnya tetap sama.
Senyumnya tetap ikhlas.

Ungkapan bersahajanya.

"Mi, jumpa lagi kita ya.
Entah-entah anak kita dah besar nanti, baru jumpa lagi"

Aku senyum tak terbalas katanya.
Hanya salam kami, aku genggam kuat-kuat.

Aku tahu maksudnya dalam.

"Tak kira pangkat apa kawanmu itu, senyumlah, bersangka baiklah dan layanlah dengan seikhlasnya. Kerana kau tak tahu apa akan berlaku di depan nanti, tangan mereka mungkin membantumu"

2 Comments:

Anonymous mueiz said...

mari lawan lompat jauh

1:52 PM

 
Anonymous cikmie said...

ha ha ha
mueiznyer record berapa?
mine was 6.24m je. he he he
tapi kena ingat, takde coach tu, syok syok sendiri je lompat.

3:24 PM

 

Post a Comment

<< Home