“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Sunday, April 01, 2007

Mak yg Lemah

Mak tak sihat.
Suara mak perlahan bila aku cakap dengannya di talian.
Mak tak boleh buang air besar. Angin dalam perut tak lepas.
Badan mak jadi lemah sebab makan sedikit pun sudah rasa kenyang.
Sama juga dengan minum air. Sedikit sudah memadai.

Petang itu, mak sendiri mahu di bawa ke pusat perubatan yang pernah mak jejaki 3-4 tahun lalu. Bila mana mak kena tahan kerana tahap kandungan sel tyroid dalam sistem badan mak semakin berkurang.Kesan dulu mak menanggung sakit dada yang mak sendiri sukar gambarkan. Mak saja yang faham dan menanggung seorang diri.

Kali ini, pemeriksaan awal mendapati ada batu karang sebesar buah limau nipis.

Kesan kandungan tyroid yang berkurangan menjadikan sistem perkumuhan mak tidak secekap biasa. Bermakna, najis dan air kencing tidak dapat disalurkan secara normal. Justeru, pengepaman jantung juga terganggu. Terdapat kelompok air di paru-paru mak.
Mak rasa lemah. Cepat mengantuk.

Malam itu juga mak kena tahan di wad. Sejurus baring, mak terpaksa menerima air. Kerana badan mak lemah.
Mak lalui X-ray dan ultrasound.
Perut mak ditekan sana sini. Jantung mak didengar doktor melalui stateskop.

Mak terpaksa duduk atas kereta sorong untuk bergerak.

...

Bila lihat wajah mak yang semakin berkedut, rambutnya yang memutih dan berkurangan, tubuhnya yang lemah, hati aku jadi sayu. Wajah mak menggambarkan kegusaran hatinya. Keperitan yang terpaksa dihadapi.

Sudah lama agaknya aku tak dapat menatap raut gelak tawa mak.

Wajah itulah dulu yang sentiasa menerangi hari-hari sayu kami, memberi kegembiraan dan memujuk di kala hati duka.
Memberi rasa kasih dan sayang yang tak terbatas dan tak ternilai.
Mengajar kami erti kehidupan. Mengajar kami supaya sabar dan ikhlas dan hormat menghormati antara satu sama lain.

4 hari 4 malam mak di pusat perubatan.
Alhamdulillah, anak-anak mak masih ada di sisi untuk sentiasa menemani.
Untunglah mak kerana ada 9 orang anak-anak yg masih boleh diharap.

Batu karang mak hanyalah kesilapan diagnosis doktor. Ia tidak wujud.
Mak semakin pulih selepas mendapat pil tambahan hormon Tyroid.
Mak sudah boleh buang air besar dan kecil.

Suara mak juga kedengaran agak ceria.
Mungkin kehadiran anak-anak dan cucu cicit mak buat sedikit bahagia.

Tuhan,
Syukurlah kerana secebis kebahagian itu mampu membuat mak tersenyum.
Moga-moga mak semakin sembuh.

Amin

Labels:

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

org tua mmg ubatnya kasih sayang dr anak cucu. itu paling mujarab.itu sebb aku tak sanggup duduk jauh2 mcm sekarang, itu pasal aku tak kisah nak telefon lama2. moga kita semua dpt membahagiakan sisa2 hidup mereka & bisa buat mereka senyum bahagia walaupun mungkin dlm sakit tua. moga mak cikmie cepat sembuh.

4:15 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ya mummyhariz mmg betul tu..
insyaallah, sama2 lah kita jalankan tanggungjawab sbg anak.

9:56 AM

 
Anonymous Anonymous said...

banyak2 sabar ye cikmi..

1:51 PM

 
Anonymous Anonymous said...

terima kasih semua.
Amin....

7:39 AM

 
Anonymous Anonymous said...

hi..terjumpe ur blog secara kebetulan..
tersentuh sgt bace + dgr lagu kat ur blog ni about ur mother ..

same2 la kite berdoa smoga ur mother bertambah sihat..insyaallah..

4:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

hi anonymous...

Amin. thanks for dropping by

9:20 AM

 

Post a Comment

<< Home