“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Tuesday, September 27, 2005

Kali pertama dan Sup Ikan Merah

Kali Pertama
Pagi-pagi memang selalunya kami tak sempat nak sarapan kat rumah.
Selalunya aku hanya minum susu, Zuha pulak minum air putih.
Bila nak keluar pintu rumah, tiba-tiba aku tengok Zuha berlari-lari anak ke dapur. Alamak! Dah start uwek-uwek ke dia?
Bila aku tanya apa yang keluar, dia kata hanya air putih yang dia minum tadi tu.
Aku sengih kambing. "Dah mula nampaknya". Tapi tak teruk lagi.

Sup Ikan Merah
Hari ni sepatutnya aku yang kena masak sup ikan merah yang Zuha nak.
Tapi bila sampai je rumah lepas solat maghrib, Zuha terus aktif di dapur. Alhamdulillah Zuha masih boleh hidup asap dapur. Takut jugak kalau di tak lalu nak masak;lembik dan tidur saja.

Macam biasa, aku tolong apa-apa yang perlu. Menumbuk, membasuh, mengelap, menceduk dan lain-lain. Tak lah susah sangat pun, ringkas saja menu malam tu: nasi putih, sup ikan merah dan salad ringkas. Salad ni memang aku suka, senang nak buat lagipun, campak-campak je daun-daun (aku tak tau namanya) dan letak sikit thousand island.

Alhamdulillah.

Bila tengok iklan pizza kat tv, Zuha teruja.
Nampaknya esok kami makan Pizza lah kut. :) Jom!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home