“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Thursday, January 12, 2006

Kesenyapan

Hari-hari yang kami lalui terasanya pantas bak air yang deras alirannya.

Tak tersekat langsung. Masa-masa terus berdetik. Masa-masa susah, masa-masa senang.

Sekali sekala terasa juga pahitnya.

Sekali sekala merasa manisnya, lega dan lapang dada. Itulah nikmat Tuhan.


Kehidupan perlu diteruskan.

Zuha terpaksa berkorban dan memahami yang aku sedang memasuki tahap pembelajaran yang

intensif. Aku hampir untuk melupakan Master itu. Tapi jika putus asa hari ini, pastikah aku

cekal di hari esok. Suratan atau kebetulan, itu semua jauh-jauh terbuang di sebalik mimpi

indah.

Kandungan Zuha menghampiri minggu ke-22 Khamis ini.

Emosi perlu tenteram. Keadaan masih terkawal.

Doa kami agar segala-galanya dipermudahkan, InsyaAllah. Amin.

Kuatkanlah hati kami.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

insyaAllah, selalunya memang begini. ujian + rahmat datang serentak,pandai2 la nak hadapi.aku dah rasa benda yang ko rasa ni. Dan aku masih bernafas di sini.Heheheh...

12:32 AM

 
Anonymous Anonymous said...

terima kasih kawan-kawan semua....

9:32 AM

 

Post a Comment

<< Home