“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Tuesday, December 27, 2005

Tiba -tiba matanya seakan-akan terkucil keluar. Geram dan marah. Tapi masih nampak raut wajahnya yang ayu, merah menyala tapi tak seperti udang bakar. Rambutnya hitam pekat ditocang dua menyelamatkan keadaan, sekurang-kurangnya tidak seperti gajah mengamuk.
Yang pasti, tangannnya pasti tergenggam erat. Tak sabar-sabar melepaskan sesuatu. Sesuatu itu masih tidak pasti.

Dia dibayangi 5 orang disekilingnya. Tapi dia depannya ada bayangan 6 orang yang lebih menggugat. Kalau dia mahu melompat pasti tak melepasi orang-orang di hadapannya. Kalau dia mahu berdiam, tentu sekali diterjah 5 orang disekeliling menyalahinya. Akhirnya dia menjadi mangsa. Dia tahu, dia perlu bertindak. Melawan, sambil bertahan. Payah tapi masih belum terseksa.

Sekonyong-konyong terdengar satu jeritan yang kuat dan cuba dia mengalih pandangan, .....

"Mi.... pergi kedai kejap, beli susu!", terkejut aku.
Alamak, kacau betul.
Baru nak syok-syok tengok tv dah kena suruh pergi kedai.



Kepada sesiapa yang nak dengar lagu tema Moero Attack, cuba di sini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home