“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Thursday, October 19, 2006

Rindu




Bila difikir, masa yang berlalu memang pasti takkan berulang.
Mustahil. Untuk kita berundur ke zaman dulu.
Tapi yang mungkin tidak mustahil ada satu.
Iaitu perkara yang berulang.
Ya, sejarah mungkin berulang.

Ramadan kali ini, mungkin, kali ke-33 bagi aku.
Ramadan yang dulu, memang sentiasa aku rindukan.

Ramadan kini, lain sekali.
Mungkin suasananya sedikit sama, tapi pengertian dan
nostalgianya amat berbeza.
Ya, jika ditanya apa yang aku rindu.
Ramadan yang dulu-dulu yang aku rindu.

Dari segi istilahnya memang tetap sama.
Ramadan mengajar kita erti sabar.
Menahan lapar dan dahaga.
Menjaga tata tertib tingkah laku.

Namun, bila aku renung jauh-jauh ke lubuk hati.
Aku rindu pada aroma yang dulu.

Apatah lagi itu zaman kanak-kanak.
Dunia penuh kegirangan.
Indahnya tak terkata.
Namun yang indah itu bak pelangi
Sebentar rupanya.

Ramadan dulu pasti indah.
Kerana aku ada kawan-kawan bermain.
Bermain mercun, bunga api.
Kemudian, pergi ke surau untuk solat terawih.
Ramai-ramai itu suatu keseronokan.

Ramadan dulu memang suatu kenangan.
Emak pasti buat kuih.
Kakak-kakak sibuk tolong sama.
Aku pun join sekaki.
Gentel tepung, angkat kuih, tolong sapu,
tukang rasa dan komen. Indah betul!
Ada kuih gunting.
Ada jugak semprit.
Ada tempeyek, tumpi tak miss punya!
Nama yang klasik tapi rasanya pasti ngam :)

Bila tiba penghujung Ramadan,
makin tak sabar rasa nak sambut Syawal
Ada pelita di laman depan rumah
Ada budak-budak main mercun sana sini
Ada juga kadang-kadang bunyi meriam
Berdentum-dentum...
Ah seronoknya!

Bila TV siar pengumuman raya,
Semua teruja, melekat di depan TV atau radio
Sukanya bukan kepalang bila esok raya.
Kemudian,
Bila takbir dah mula berkumandang di malam raya itu
Keadaan jadi tenang,
Mungkin masing-masing sudah mahu berehat
Untuk suatu hari raya di esok hari.
atau juga
mungkinkah...
sudah ada rasa rindu
kerana Ramadan bakal pergi.

Menantinya lagi adalah suatu sejarah yang berulang
Tapi merasainya di tahun hadapan belum pasti.

Kerana itu,
Rindu pada Ramadan adalah pasti
sejarah yang berulang.
dan...
pastinya
sama sekali tak sama,
dengan Ramadan di zaman dewasa ini.


2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hmm..aku teringat betapa seronoknye aku ngan anak buah aku time pengumuman raya, kami akan terjerit2 melompat2 mcm nak runtuh rumah papan mak aku tuh! mlm tu jugak akan tido lambat, sebb org kg akan dtg takbir kat rumah. mmg best!

4:15 PM

 
Anonymous Anonymous said...

hmmm..ya mammyhariz..
memang seronok sgt time tu.
semua orang boleh dikatakan seronok kecuali mereka yang kurang bernasib baik...

11:03 PM

 

Post a Comment

<< Home