“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Monday, September 25, 2006

..Sebuah Basikal Tua



Selalunya, aku hanya lihat dia dari jauh.
Dia tak banyak cakap. Aku pun tak banyak bercakap.
Tapi aku banyak bercakap dengan orang lain. Dengan mak.
Dengan kakak. Dengan kawan-kawan. Dengan diri sendiri.

Selalunya, aku hanya lihat muka dia.
Lihat dari dekat, dan lihat dari jauh.
Kadang-kadang, dia bercakap dengan aku.
Menyuruh aku memegang kakinya.
Mengurut-ngurut betisnya yang lenguh.

Nanti dia akan kata lega dan suka.
Kembali menikmati rokok kertas gulung.
Sambil meneguk teh cap Senapang mak.
Kadang-kadang ada cekodok ikan bilis
Sedapnya cicah dengan sambal tumis.

Kalau bulan puasa datang,
dialah yang paling sibuk.
Mak tak kurang juga.
Aku pasti ternanti-nanti...
Kakak dan abang, pun sama...
Menanti sebuah basikal tua.

Pasti ada epal atau oren.
Pasti ada sesuatu yang bukan biasa.

Dan nanti,
bila sudah habis waktu terawih.
Kami girang bermain bunga api.
Mercun pun mesti ada!
Kata dia, "Buah tangan Apek kat pasar"

Api-api meletus dari mercun-mercun itu
Meriah, bercahaya dan berkilauan..
Semeriah hati kami..
Cahayanya bak kasih dia..
Berkilauan sehingga ke saat ini.

Sejak berbelas tahun lalu,
tiada lagi cahaya itu...
kerana dia telah pergi.
Yang tinggal pada kami adalah doa.
Moga Abah dicucuri Rahmat.

Basikal tua itu juga..
Sudah hilang dari pandangan.
Jasanya tak terhingga...















Gambar dipetik dari http://unsunghero.shutterchance.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home