“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Tuesday, June 26, 2007

... Malam Yang Panjang

Perasaan aku ketika itu, sedikit berdebar.

Ditambah dengan keadaan di luar sana yang gelap.

Hujan tidak lebat, tapi jalan tetap basah.

Wiper kereta tetap terpaksa dipasang. Supaya nampak jelas jalan di depan.

Aku kaku. Melihat keluar dari cermin kereta yang seakan-akan berminyak.

Abang Mamat pula sedaya upaya melihat keluar cermin supaya pemanduan ini selamat.

Selang beberapa ketika tangannya ligat mengelap-ngelap cermin kereta dengan tangan kosongnya.

Ruang semakin berwap di dalam kereta.

Jalan di luar pula terasa semakin basah. Kereta ini merentasi jalan-jalan kampung yang lecak.

Seperti kabus, cermin sudah mula berwap tebal, sekaligus mengganggu penglihatan kami.

Aku pantas menyambar tisu dan cuba mengelap cermin.

Sebentar cuma, cermin kembali berwap.

Itulah rutin aku sepanjang perjalanan.

Tangan Abang Mamat ligat menguis-nguis butang aircond kereta.

Aku turut membantu. Cuba diselaras semula suhu dan kipas aircond.

Tapi hampa, tiada kesan. Dalam hujan renyai-renyai itu, kehangatan mula terasa.

Aku berharap perjalanan itu cepat berakhir.

....

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

xaenrlkcp

Here is my web site: payday loans online

6:43 AM

 

Post a Comment

<< Home