“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Tuesday, May 29, 2007

Ya ... Masa Merubah Segalanya.

Memandu dari dalam kereta pulang ke rumah mak membuatkan aku terfikir.



Memandang ke luar, yang sudah berubah. Sepanjang jalan itu, aku lihat banyak sekali



konkrit dan batu terbina. Membunuh sebahagian pemandangan hijau yang sinonim satu masa dulu.



Betapa masa ini terlalu pantas berlalu. Lantas memerangkap aku dalam kelekaan.



Dalam senyap rupanya jiwa seakan memberontak. Kemodenan ini bukan diminta kami, tapi terpaksakah kita menerimanya?



Demi sebuah tamadun yang usang, takutkah kita pada sebuah kemunduran.



Ya, masa berubah. Masa merubah persepsi dan keadaan sekeliling.



Bolehkah kenangan indah lama menjadi terapi di kala jiwa kusut?

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

yes.. interesting thread ))

5:54 AM

 

Post a Comment

<< Home