“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Monday, July 16, 2007

Bonda

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi


Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu


Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini

Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu


Oh! bonda
bonda

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kuatkan semangat cikmie...doakan ibumu sentiasa...moga rohnya dicucuri rahmat...

2:10 PM

 
Anonymous Anonymous said...

cikmie,sabar byk2. dugaan ini pasti tiba kepada semua org. doa dr anak yg soleh penghubung kasih sayang antara kau dan ibu.

8:09 PM

 
Anonymous Anonymous said...

bash dan mummyhariz,

terima kasih atas ingatan dan kata-kata kalian.

moga-moga kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin!
Juga doakan anak-anak kita begitu...

7:40 AM

 
Blogger Husband to somebody said...

cikmie...sorry for that.

kuatkan semangat ye

12:20 AM

 
Anonymous Anonymous said...

thanks kuzer.

10:14 AM

 
Anonymous Anonymous said...

mie,

my deepest condolence to you and your family.
sorry lambat dpt khabar...
take care...
semoga roh ibu mie dicucuri rahmat. amin.

10:31 AM

 
Anonymous Anonymous said...

ezra,

thanks.
its never too late.

insyaallah amin.

12:07 AM

 

Post a Comment

<< Home