“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Wednesday, September 28, 2005

Big Plate dan Appointment

Aku dah tahu, hari ni memang kami akan makan kat luar.
Mungkin Pizza, macam yang Zuha kata semalam.
Terus ambil Zuha. Bila Zuha masuk kereta je, aku tanya, nak makan pizza kat mana.
Dia senyap sekejap. Dia ajak aku makan big plate sebab nak hantar baju kebaya kat adik ipar aku- Jiha.

Terus ke UiTM Puncak Alam, ke asrama Jiha. Jiha nak pinjam untuk dinner katanya.
Pertama kali ke sana, bagus jugak kawasan asrama pelajarnya. Cantik. Agaknya sebab baru. Tapi Jiha kata ada free internet connection. Broadband pulak tu. Untunglah.

Balik rumah dan lepas solat maghrib kami keluar rumah semula. Dekat je nak ke Big Plate, 7-8 minit dari rumah kami. Tak ramai orang lagi bila kami sampai. Awal lagi agaknya. Dah lama aku tak ke sini. Seingat aku, ini kali ke 4 atau 5.

Aku order Ayam Shah Alam, Zuha order Tenggiri Grilled with Salad.
Pastu kami order sup cendawan.
Makan-makan, minum-minum, sembang-sembang. Cerita tentang kawan aku yang kawannya punya isteri meninggal melahirkan anak sulong perempuan kembar tiga. Sedih aku dengar. Tapi untung isterinya masuk syurga.

Balik rumah. Zuha uwek-uwek lagi.
Aku sengih kambing lagi. Zuha pulak buat muka toya.
Aku sapu minyak angin kat belakang badan Zuha.
Kesian isteri aku....

Appointment
Zuha dah buat appointment ngan Dr Norlin , Darul Ehsan Medical Center.
13 Oktober 2005, Khamis, 9:00 pagi.
Susah betul nak buat appointment, evening clinic dah tutup 2 minggu lagi sebelum puasa nanti. Zuha pun dah ada rekod kat situ, malas nak tukar-tukar hospital.
Lagipun, dah selesa kat DEMC.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Maxwell Smart's gadget legacy
The late Don Adams, perhaps best known as Maxwell Smart on a 1960s TV series that spoofed James Bond movies, is being remembered all around the Web for his comedic performances, his unforgettable wry voice, and ...
Hi, I was just checking out blogs and surfing through some and found you! I like your blog. I will book mark it and come back soon. If you are interested, go see my custom jewelry related site. It isnt anything special but you may still find something of interest.custom jewelry

8:43 AM

 

Post a Comment

<< Home