“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Monday, November 28, 2005

Appointment : Mana Dr Norleen?

Appointment ke-3 di DEMC sejak Zuha mengandung.

Bila sampai naik ke tingkat 1, kami dapati tingkat ini sudah berubah terutama posisi pintu masuk dan kaunter pendaftaran. Walau apapun yang cuba dibuat, aku rasa tetap sama, tetap sempit. Cuma mungkin kaunter di ubah posisi untuk memberi ruang untuk membuka satu lagi bilik doktor.

Kaunter pendaftaran sudah dekat dengan bilik Dr Norleen. Bila kami toleh ke arah pintu, tergantung kad tertulis nama Dr Nor Haliza.
Aku macam dah tak rasa seronok. Walaupun tak tahu macam mana rupa dan cara doktor ni. Mungkin Dr Norleen ada hal lain, tak sempat aku nak tanya pada nurse.

Usia Kandungan : 15 minggu 4 hari.
Berat badan : 50kg
Ujian Diabetes : -ve
Tekanan darah : 125/80

Memang tepat, bila dah selesai check-up, aku terasa rugi membayar consulation fee sebanyak RM40 yang dicaj. Tak ada apa-apa info yang baru yang kami dapat. Kecewa sungguh. Doktor ini tak mesra, tak ramah, (macam tak pandai jadi doktor je...) jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan Dr Norleen.

Manalah pergi Dr Norleen....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home