“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Thursday, November 03, 2005

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

1 Syawal 1426

Raya ke-3 buat kami suami isteri, (dan baby dalam perut, he he he)
Alhamdulillah, masih dapat bersama di hari raya.
Bila mana raya pertama dulu, (2003) terpaksa berpisah raya kerana aku beraya di Osaka.

Bila fikir raya zaman kanak-kanaklah yang paling meriah.
Raya zaman kanak-kanak, bukan saja dapat main mercun, dapat main tembak2 malam raya, pacak kayu untuk lampu pelita dan dapat duit raya, tapi jugak dapat tolong kakak dan mak buat kuih raya.(tolong kacau sekali), dapat belahar anyam sarung ketupat, dapat gotong royong cat rumah dan bersihkan halaman rumah, dan macam2 lagi.
Memang zaman raya yang tak dapat dilupakan.

Raya zaman sekarang, sebab dah dewasa, banyak tanggungjawab lain.
Trendnya jugak sudah berbeza. Ketupat semakin kurang. Kalau ada pun, hanya beli sarung ketupat dan rebus. Tak ada lagi kerja anyam ketupat.
Mungkin kesibukan kerja dan nak mudah. Apa tah lagi tentang kuih. Semuanya beli.

Apapun, syukurlah raya ini sebenarnya buat kita ziarah menziarahi.
Bila kenang Ramadan yang berlalu, ruginya kita tak dapat penuhi solat terawih dan mengisi 10 malam terakhir dengan qiamullail.

Bagi Zuha pula, raya ini nampaknya tak meragam sangat tekaknya.
Tak de mual-mual sangat, cuma minyak angin cap kapak menjadi teman setia.
Ke mana saja, tentu di bawa bersama-sama. :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home