“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Wednesday, October 05, 2005

Angin dan Muntah

1 Ramadan, sudah biasa bagi mereka yang biasa berpuasa. Tapi tidak bagi Zuha, bukan kerana tak biasa berpuasa, tapi menahan angin ulu hatinya yang menjadi-jadi. Kata orang memang orang mengandung tak boleh perut kosong, sentiasa kena ada makanan.

Semalam lepas buka, Zuha tak buka dengan nasi kerabu yang kami beli di Kompleks PKNS, Shah Alam. Zuha hanya jamah kurma dan air bunga. Dia kata mahu relaks dulu.
Aku ke surau untuk terawih. Zuha relaks di rumah. Sebelum keluar, aku sapukan minyak angin kat belakang badan Zuha. Anginnya teruk malam ni. Kesian dia.

Jam 10 malam, balik rumah dan tengok Zuha duduk tengok tv. Bungkusan nasi kerabu nampak menggelembong, bermakna aku tahu, Zuha tak habiskan nasi tu. Tak lalu agaknya.

Beberapa ketika kemudian, Zuha muntah. Muntah lagi dan lagi. Segala yang dimakan semunya keluar sebagai muntah. Masam muka Zuha. Angin, muntah, angin, muntah...penangan kehamilan. Lumrah. Sabar je la.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home