“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Saturday, October 01, 2005

Makan-makan

Zuha kerja dan aku pulak ada class.
Petang ni plan minum petang dengan mak aku dan adik-beradik lain.
Zuha order roti jala dengan supplier PJ hilton tapi terpaksa cancel sebab lambat sampai.

Mak called dan kasi tahu yang Kak Ana masak mee goreng dan kuey teow. Ok sangatlah tu. Tapi kami dah sparekan nugget ayamas dan kentang goreng, in case tak cukup. Lagipun minum petang je, bukan kenduri besar-besaran pun.

Jam 5 petang, mak, Kak Ana, Kak Fiza & Abg Ali sekeluarga, Kak Aya & Abg Atan sekeluarga sampai. Kak Ana bawak kek batik. Sedap. Dah lama tak makan kek batik biskut Merry tu.

Kak Sarah dan Abg Izan menyusul dengan mi hun sup. Rezeki kami.

Makan-makan macam biasa sambil borak tentang Zuha yang sedang mengandung. Biasalah, kakak-kakak kongsi pengalaman mengandung. Kak Aya paling banyak pengalaman agaknya sebab anak dia dah 5. Kak Sarah paling teruk masa mengandung, Kak Fiza pulak paling takde alahan masa mengandung. Rahsianya, makan coklat.

Malam - mak dan Kak Ana tidur rumah kami.

Inilah minum petang pertama bersama sebahagian keluarga di Bukit Subang sebelum Ramadan menjelma.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

What a great blog you have. Well, if you have time, please visit xm satellite

12:08 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Same Goal, Different Tack
Activists want politicians to sound like them, but that's not always the way to get things done.
For all your legal needs Check out our New notary public philadelphia Site,

12:08 PM

 

Post a Comment

<< Home