“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Wednesday, September 28, 2005

Permata

Petang - makan laksa Johor kat Laksa Shack, atas permintaan Zuha.
Aku order roti jala ngan kari ayam. Sedap, kata Zuha.
Biarlah orang tengah mengandung. Mesti tekaknya terasa nak mengidam sesuatu.

Sampai rumah, terus kemas-kemas. Aku gosok baju Zuha. Blouse dan pants dia. Pastu aku gosok seluar aku. Kemeja aku dah bergosok. Fikir-fikir, sepanjang Zuha mengandung ni mcm nak hantar baju dia ke dobi utk gosok je.

Pastu aku ke bilik bawah, kemas apa yang patut. Masih ada saki baki barang pindah tak tersusun. Susun semula, kat rak kayu dalam bilik tu. Keluarkan barang dari kotak dan asingkan. Basuh dan lap apa-apa yang perlu. Pergh.. berpeluh jugak.

Nampak baju tak berlipat lagi. Aku macam tak larat nak buat. Sebab nak start sambung assignment aku. Susahnya jadi surirumah. Aku memang tahu memang susah, tapi sekarang lagi tahu yang jadi isteri memang susah.

Itu belum kira, kena masak. Balik kerja kena masak.
Pastu kalau ada anak, kena layan anak lagi. Layan kerenah anak.
Kena layan suami lagi. Ataupun kalau isteri tu yang sambung belajar.
Rasanya macam tak terkejar nak buat semua tu.

Mengandung 9 bulan 10 hari. Nak bersalin, kena tahan sakit bersalin.
Patutlah perempuan senang masuk syurga.
Apapun Allah itu maha adil.

Bukan senang nak jadi isteri yang bekerja membantu suami, dalam masa yang sama untuk menjadi isteri yang taat kepada suami dan ibu yang mithali kepada anak-anak.

Zuha..my baby, terima kasih sayang.


Sekadar renungan...


Permata (Untuk Isteriku)


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

0 Comments:

Post a Comment

<< Home