“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Tuesday, October 04, 2005

Sebelum 1 Ramadan

Lepas balik kerja sebelah petang, aku terus ke Giant PJ beli apa-apa yang patut untuk makan petang ni. Nampak epal, aku teringin, nampak Mee Sea Food Korea, aku teringin. Beli oats buat sahur kot.

Lepas tu terus ke Coffee Beans, Zuha dah pesan Ciabata Tuna pagi tadi. Curious jugak aku camne rupa Ciabata Tuna Sandwich ni. Biasa je. Rasa ? Oklah jugak.

Sampai rumah terus mandi dan solat. Ingatkan nak pergi terawih, tapi rasanya esok je lah lagipun nak masak mee sea food aku beli tadi tu. Lepas goreng mee, aku buat salad macam biasa. Pastu aku goreng nugget ayamaas. Zuha dinner dengan sandwich nya je.

Lepas makan, giliran Zuha pula masak untuk sahur. Zuha masak kentang dan ikan bilis goreng kicap. Simple je. Aku pulak masak nasi. Sahur dengan nasi lebih elok rasanya. Lagipun keadaan Zuha yang camtu. Aku cakap dengan Zuha, kalau tak tahan esok, buka sajalah. Kesian...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home