“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Thursday, October 27, 2005

Jumpa Doktor

Hari ini tepat minggu ke-11.

Jumpa Doktor Norleen macam biasa.
Yang kelakarnya, bila nurse beri Zuha satu kertas kecil panjang berwarna putih dan sehelai tisu, Zuha tak tahu nak buat apa.
Aku meneka yang itu adalaha untuk ujian kencing manis.
Memang betul, Zuha tanya pada seorang kakak yang entah berapa bulan hamil, besar juga perutnya. Maklumlah pertama kali. :)

Berat badan pula : 49kg menurun 0.5 kg dari berat 2 minggu lepas.
Mungkin sebab penangan muntah yang berpanjangan.

Seperti biasa, doktor Norleen periksa tekanan darah. Alhamdulillah normal.
Ujian kencing manis pon negatif.
Bila doktor buat scanning di perut, janin masih amat kecil, lebih kurang 4.5 cm.
Tapi sudah ada nampak kepala dan kaki. Berdenyut-denyut jantungnya.
Tangannya pula dikepak-kepak seperti sedang terbang.

Ingatkan nak mintak salinan gambar scanning, tapi segan pulak.
Mungkin lain kali.

Doktor tanya sama ada ada bleeding atau tak. - Tidak ada.
Tanya sama ada boleh minum susu atau tidak. - Tidak boleh lagi.
Tanya sama ada perlu ubat muntah atau tidak - Ya, perlu.

Jadi doktor hanya kasi ubat muntah dan acid folic macam biasa.
Lawatan seterusnya ialah pada 28 November 2005, 7:00 pm (evening clinic).
Ada lagi sebulan dari sekarang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home