“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Thursday, October 13, 2005

First Appointment

Masa : 9:00 pagi
Tempat : Darul Ehsan Medical Centre, Seksyen 9, Shah Alam
Doktor : Norleen Mohd Salleh

Kami orang pertama sampai bernombor 6002. :)
Hujan agak lebat pagi ni. Keadaan di sini pun agak suram, tak ramai orang lagi. Nurse bergerak pantas ke sana ke mari memulakan tugas.
Sampai-sampai je, nurse suruh Zuha timbang berat. 49.5 kg.

Dah lama tak ke mari. Kali terakhir kira-kira 5 bulan lepas. Itupun sebab buat ujian IUI dengan Doktor Zamri.

Giliran kami. Doktor Norleen seperti biasa. Tenang dan ramahnya memang menambat hati kami untuk ke sini. Itupun Kak Fiza yang mula-mula recommend bila orang asyik sibuk tanya tak pergi check selepas setahun kawin, Zuha tak hamil lagi.

Macam biasa, doktor borak-borak, tanya boleh puasa ke tak. Boleh minum susu ke tak.
Doktor tanya tarikh hari pertama period terakhir. 11 Ogos 2005.
Tarikh jangkaan bersalin, Insyaallah = 18 Mei 2006.
Zuha di ambang minggu ke-9.

Scan janin. Doktor ajak aku tengok sekali. Comel betul.
Doktor terangkan tentang janin dikelilingi air ketuban. Masih belum ada placenta yang support janin. Tapi doktor kata, janin dah ada heart beat. Doktor tunjuk ada satu cahaya kecil seakan berdenyut-denyut di skrin. Kalau nak tahu, saiz janin tu amatlah kecil, 1.8cm iaitu kurang dari seinci

Lepas bincang-bincang, doktor kasi Zuha acid folic dan satu pil untuk menguatkan rahim. Doktor kata terlalu awal untuk kasi vitamin. Kami pun setuju.

Appointment seterusnya : 27 Oktober 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home