Hujan dan Payung Kertas

Jernihnya hujan. Sama ada lebat atau renyai, warnanya sama. Jernih dan bercahaya bila terlekat di mana-mana, daun, ranting, dahan, kayu, kereta, basikal, tiang lampu dan badan manusia. Dingin, tambah lagi dengan deruan bayu. Segar dan cerah.
Banyak sekali gambar-gambar diabadikan, sama ada topiknya selepas atau semasa hujan. Namun, di sebalik hujan itu sebenarnya ada rahsia. Bukan rahsia pohon cemara, tapi....
Rahsia tetap rahsia.
Payung. Aku rindukan payung itu. Payung kertas berwarna coklat bersalut bau varnish. Klasik dan memikat. Mungkin dulu tidak pernah ada elemen nostalgia bila meminjamnya dari abah. Mungkin keabadiannya lain untuk abad ini. Payung itu berada jauh di mata.
Payung kertas yang tak terbalas jasanya
"Oh..payung kubur tu..?", balas Zuha bila aku tanya tentang payung itu.

1 Comments:
tak sangka ada org yang rindu kat bau payung tu kene ujan.. (just like me) erin dah lama cari payung tu.. but tak tau nak beli kat mana.. klu yang fancy untuk hiasan tu ada lah... sekarang susah nak cari kan...
3:58 PM
Post a Comment
<< Home