“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Tuesday, October 24, 2006

Dari Tingkap Ini...



Dari tingkap ini, aku lihat dan belajar sesuatu tentang hidup.
Bukan saja aku, tapi dia dan kami semua.
Melihat dari tingkap ini, yang terbuka luas.
Memberi seribu pengajaran berharga, yang tak ternilai.

Kami melihat sejarah yang terukir indah.
Keindahan eratnya cinta antara manusia.
Yang bersulam kasih, pengorbanan dan harapan.
Agar semuanya tersimpan rapi,
Kami simpan dalam baik-baik dalam hati.
Agar suatu hari nanti, dapat kami singkap semula dari tingkap ini.

Kami juga pernah melihat kesusahan.
Kesusahan itu tidak pernah indah dari kaca mata si kristal.
Tapi kesusahan itu barangkali boleh jadi suatu keindahan
Tapi keindahan itu hanya terlihat dari tingkap ini
kerana tingkap ini bisa menghurai yang dirahsia
Tingkap ini boleh mengajar,
kerana percaya ada hikmah kebaikan di sebalik keburukan itu.

Tingkap ini sentiasa terbuka
Indahnya bila berada di dunia sini
Melihat-lihat hujan dari tingkap ini
Sambil berdoa agar hidup ini tenang dan aman selamanya.

Indah sekali bila berada di balik tingkap ini
Mengintai-ngintai kehadiran burung-burung dengan suara merdu
Terbang rendah mengepak sayap di hujung bunga kertas
Mungkin menghisap madu
Melihat telatah yang ada naturalisasinya...

Tingkap ini
akan terus berada di sini...
sentiasa terbuka buat tetamu atau isi rumah
yang mahu menjenguk ke dalam rumah
mahupun,
mengintai ke luar laman.

Indahnya.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

tingkap rumah aku dulu adalah tpt kau mengintai tgk kot2 kawan2 aku dah start main...kalau diorg dah start main, aku akan bersidai tepi tingkap buat muka kesian sampai mak aku kasik green light soh gi main, dgn satu syarat mesti balik before abah aku blk keje!!! hehehhe....dan selalunye dr tingkap tu jugak ,mak aku akan terjerit2 panggil aku balik dr main tapi aku buat2 tak dgr! hahahah!

9:17 PM

 
Anonymous Anonymous said...

mummyhariz!
what a tingkap u have!!
so nostalgic.

10:18 PM

 

Post a Comment

<< Home