“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Wednesday, July 18, 2007

Suatu Ingatan

***

Menyusuri pagi Ahad seperti biasa. Rutin untuk ke pasar tani mencari barang basah.

Langit mendung, diselangi angin tenang. Terdetik dalam hati, "nak hujan hari ni.."

Zuha bersuara, "kita pergi pasar yang dekat sini je la hari ni..."

Tak seperti biasa, kami ke pasar tani di perkarangan stadium Shah Alam.

Tapi hari ni kami hanya ke pasar tani mini Kg Melayu Subang.

***

"Mi, mak panggil nama Mi...", suara Kak F menggegar pagi.

"Mak nak jumpa, cepat datang", ringkas dan menikam kalbu pesanan itu.

Lantas jantung aku berdegup pantas.

"Cepat, kita ke hospital".

***

30 minit kemudian kami sampai di hospital TAR.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home