“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Friday, May 05, 2006

"Engaged"

Semalam, jumpa lagi Dr Norleen.

Berat Zuha kekal 58kg.
Pagi tu, tak ramai orang.
Terus buat CTG...
...20 minit jugak Zuha berbaring dalam bilik CTG tu.

"Active baby"...
Doktor jelaskan bayi masih aktif.
Doktor tunjukkan graf kadar denyutan jantung.
Doktor lakarkan graf apabila bayi mula pasif,
dan jika tiada kontraksi berlaku, mungkin induksi terpaksa dilakukan.

Doktor tanya tentang VE
Doktor periksa tekakan darah Zuha
Doktor jelaskan kepentingan VE

Zuha belum bersedia untuk VE
Zuha putuskan untuk buat VE minggu depan

Doktor periksa perut Zuha
Doktor kata, kepala bayi belum "engaged"

Doktor lakarkan kedudukan bayi di atas kertas
Doktor pesan, jangan tunggu sampai keluar tanda seperti
darah atau air ketuban... untuk datang ke hospital.
Kalau sudah ada kontrasi yang kerap...
Doktor sarankan terus ke tingkat-2. :)

Berlalu lagi hari-hari.
Minggu ke-38 ini.

10 Comments:

Anonymous Anonymous said...

waaa...sure zuha rasa masa berjalan teramat la slownyer..kak Atie pon tgh tunggu hari je.. bersaing2 la korang ek..
p/s-nape zuha x ready nak buat VE??1st time mmg bedebar2..lagipon perasaan malu tu masih tebal..tp bila dah contraction melanda..x hingat apa2 pon..tihihi..saba je aku ni..sebokss..
*menghitung hariii..detik demi detikkk..(kris dayanti)*

9:07 AM

 
Blogger axymax said...

'Hari-hari bagaikan berlari....'
hmm maybe 'merangkak' in c'mie's case, hehe...
Sabar-sabar tak lama je lagi...

11:36 AM

 
Anonymous Anonymous said...

iela,
ha ha tu lah, mungkin malu or takut.
tapi Zuha dah ready for next week, Khamis.

ajim,
hari-hari aku melayang.

12:49 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Aku masih mengatakan VE tak perlu! heheheh...

Kat sini plak, selagik takde contraction yg regular ,dia tka kasik gi sepital. nak gi sepital pun kena tepon dulu. dia tanye dulu ttg contraction & air ketuban. kalau lom regular, dia tak kasik gi. mcm2 gaya kan?

6:39 PM

 
Anonymous Anonymous said...

aku rasa dr lin ni fobia kena VE kot..aku pon actually x kena buat VE slagi tak masuk labour room tp la ni spital swasta mmg ada prosedur VE pre-labour utk elak pekara2 yg pernah aku mention b4 this..
satu tips yg paling mujarah time VE n deliver JGN angkat bontot!!ni utk mengelakkan koyak sampai ke ke situ..uih...cam sadis je bunyi nye,tp tu la pesanan org2 yg experince branak..kalau nak bg cepat baik..pastikan pesanan tu diikut..time contraction tu mmg kadang2 lupa tp husband kena main peranan kasi ingat la ek..hehehe.. aku ni ngalah mak bidan..
p/s-kak atie dah bersalin pg semlm kul 1am.Kena c-section sebab baby terbelit ngan tali pusat..seropa ngan 1st child dia,berat baby 3.9kg.Yg 1st baby dulu 4.5kg..uihh semangat tul..sori aku celoteh pjg.

12:31 PM

 
Anonymous Anonymous said...

iela,
cepat dah ek dia bersalin.
alhamdulillah....

7:44 PM

 
Blogger axymax said...

VE tu rupanya singkatan untuk 'vaginal Examination'.
Nape la diaorang bagi nama kumpulan muzik 'VE' ye?

8:12 AM

 
Anonymous Anonymous said...

axymax,
tu lah doktor Norleen pun ada mention pasai ni.. dia tergelak. :)

1:24 PM

 
Blogger axymax said...

The Final CountDown..

5:08 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Hi! Just want to say what a nice site. Bye, see you soon.
»

7:35 AM

 

Post a Comment

<< Home