“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Thursday, April 27, 2006

Hidung

Malam tadi bila relak-relax sambil tengok tv.

Zuha bersuara,

"Hidung Mami besar tak?"
"Bulat tak?".

Aku pandang hidung Zuha dan jawab,
"Haah besar"
"Kenapa?"

Zuha diam, aku potong cakap.

"Kawan Mami cakap kalau hidung besar dan bulat,
maknanya dah nak bersalin ya?"

Zuha mengiayakan.
"Haah"

Aku tergelak.
Gelak sakan aku.
Zuha buat muka tak puas hati.
Pelik tengok aku gelak

Adakah itu suatu mitos?
Atau memang fakta?

Apapun,
Lepas tu, Zuha suruh aku masukkan beg-beg yang dia dah sediakan, ke dalam kereta.
Agaknya Zuha dah dapat rasa mungkin dalam waktu terdekat, dia boleh bersalin.

Minggu ke-37.

8 Comments:

Anonymous Anonymous said...

1st time aku dengor..
kelakornya...
hehe..kesian zuha

p/s:masih kah kau ingat resepi blackpepper sauce yg aku minta dulur..

11:56 AM

 
Blogger axymax said...

Dah besalin nanti sms la ye..

2:56 PM

 
Anonymous Anonymous said...

jied,

alahai aku lupa lak nak follow up pasal blackpepper sauce tu....sorry ye,

axymax,
okay, nanti aku sms kau

5:08 PM

 
Anonymous Anonymous said...

akupun first time dgr hidung besor nih!! hehehe....

1:29 PM

 
Anonymous Anonymous said...

korang ni mmg betul la..agaknye aku ni slalu sgt dok keliling ngan org2 tua...tu yg ghasa cam dah tua sgt..
Actually,aku dah biasa sgt dengo org2 tua kata kalau dah kembang2 tu tanda dah dkat sgt nak branak, kembang tang hidung..tang betis.. tang kaki n tangan..sumer la.. water retention pon yer gak..
Aku agak ko ni slalu sgt ikut teori buku la cikmi..tu psl yg ko tau too streotype..very the buku one...kadang tu cuba2 tanya girls kat ofis yg dah branak tu..mcm2 ilmu bleh ko cedok kat situ..each of us lain2 pengalamannye..

eeee..apa aku membebel ni..good luck eh.

4:25 PM

 
Anonymous Anonymous said...

iela,

aku tak lah ikut teori buku sangat.
tapi sbb first time dengar pasai benda ni tu yang aku gelak tu.
ahakssss....!

p/s - iela, ko tua ke? aku tak caya. ko kan ala2 gaya ella sikit

7:34 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ko ni mcm tau2 je aku minat ella.tp gaya ella tu idak ler..

5:13 PM

 
Anonymous Anonymous said...

muahahahah!!!
aku pon minat.

11:11 PM

 

Post a Comment

<< Home