“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Friday, May 26, 2006

Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Ilahi.
Walaupun terpaksa Caeser,
Zuha dan baby telah selamat.

Kronologi

25.05
Dr Norleen beri tempoh lagi untuk mencuba
pembukaan rahim yang statik setakat ini, 1cm
Mengambil keputusan untuk induce.

26.05
10:30 am
sekali lagi VE dilakukan, masih 1cm.
Ubat induce dimasukkan ke dalam rahim.

12:00 pm
Zuha sakit sikit-sikit seperti biasa.
CTG - heart beat baby masih normal.

01:30 pm
Air ketuban pecah.

03:00
Mula masuk air untuk langkah induce seterusnya
CTG dilakukan, heart beat baby jatuh di satu dua dua minit selang 10 minit.
Tanda-tanda baby lemas sudah mula kelihatan.

04:30 pm
Air terus dimasukkan, bertukar tangan pula.
Urat saraf Zuha agak kecil.
VE- tiada perkembangan, 1cm.
Dr Norleen memberi spekulasi dan komen.
CTG terakhir jam 6.30-7pm sebelum keputusan terakhir dibuat.

06:30 pm
CTG, heart baby sudah mula turun, dan jatuh agak teruk dalam
suatu ketika sampai aku panggil nurse. Agak panik.

07:45 pm
VE sekali lagi, masih 1cm
Dr Norleen memberi komen, kemungkinan tali pusat baby terbelit.
Keputusan dibuat- Caeserean!

08:00 pm
Aku tenangkan Zuha walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu.
Risau sedikit.

08:30 pm
Zuha masuk operation theatre
Aku menanti di luar.
Mama Zuha dan adik ipar turut ada.

9:07 pm
Alhamdulillah,
dalam hujan turun lebat, baby berjaya dilahirkan.

9:20 pm
Baby keluar dari operation theatre.
Seronoknya hati mendengar baby menangis.
Alhamdulillah!
Aku azankan baby.
Syahdunya saat itu.

9:50 pm
Zuha keluar dari operation theatre.
Syukur semuanya selamat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home