“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Monday, May 15, 2006

Guru dan Ibu itu...

Mak
terima kasih,
...dulu kecik-kecik,
aku mintak dukung...
aku nangis, aku mintak dukung...

masa aku kecik-kecik
aku nak susu,
mak kasi susu.
bila dah besar sikit,
aku nak milo..
mak buatkan air milo gelas besar.

Mak,
terima kasih mak,
bila aku nangis nak kalkitos
mak belikan kalkitos
bila aku nangis nak harmonika
mak susah payah bawa aku pergi Parkson
aku nangis-nangis tak tahu nak sebut "harmonika"
mak pun buntu..
tapi akhirnya jumpa juga harmonika itu...

Mak,
terima kasih mak
sedikit sebanyak
mak aturkan perjalanan hidup aku
mak tolong ingatkan apa-apa yang perlu
memang betul kata mak

Mak,
terima kasih mak
kerana mengajar aku mengaji
tak lah aku kelu dan buta hati menyebut surah-surah
terima kasih mak
kerana ajar aku ABC, 123
taklah aku mudah ditipu dan
oleh itu aku berada di sini

Mak,
terima kasih mak
berkorban untuk kami
adik-beradik
Mak,
tak terbalas benar jasamu

Mak,
kaulah mak
kaulah guru.

Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Guru

Selamat menjadi bakal Ibu...
buat isteri tersayang...

4 Comments:

Blogger axymax said...

D Day!

8:08 AM

 
Anonymous Anonymous said...

cikmie,jgn lupa kasik tau kalau dah jadik papa & mama!!!

4:51 PM

 
Anonymous Anonymous said...

zuha masih steady lagi!

9:20 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Super color scheme, I like it! Good job. Go on.
»

7:30 AM

 

Post a Comment

<< Home