August 8th
Sebulan selepas tarikh itu...
Banyak perkara yang aku lihat, berbeza dari perspektifnya.
Akukah ini.
Aku sedar lautan air mata manapun mengalir
Jatuh berderai takkan membentuk apa
Yang pergi tetap pergi
Merenung kembali di sudut-sudut kosong
Terpandang-pandang suatu wajah suka duka suatu masa dulu
Terngiang-ngiang suaranya
...Peluk ciumnya penuh kasih yang tak terkira
Ya Allah,
Syukur kerana kau meminjamkan kasih ibu buat kami.