“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Tuesday, October 31, 2006

Mr Spider



Lagu ajaib yang boleh menyenyapkan bayi menangis.
Pelik tapi benar.

"Seekor labah-labah
Cuba panjat perigi
Bila hujan turun
Labah cepat lari
Terbit matahari
Hujan tiada lagi
Labah-labah panjat sekali lagi"

Tuesday, October 24, 2006

Suatu Hari Di Hari Raya




Sukarnya untuk diungkap.
Kerana...
Hari ini,
suatu hari di Hari Raya Aidil Fitri.

Alhamdulillah!

Dari Tingkap Ini...



Dari tingkap ini, aku lihat dan belajar sesuatu tentang hidup.
Bukan saja aku, tapi dia dan kami semua.
Melihat dari tingkap ini, yang terbuka luas.
Memberi seribu pengajaran berharga, yang tak ternilai.

Kami melihat sejarah yang terukir indah.
Keindahan eratnya cinta antara manusia.
Yang bersulam kasih, pengorbanan dan harapan.
Agar semuanya tersimpan rapi,
Kami simpan dalam baik-baik dalam hati.
Agar suatu hari nanti, dapat kami singkap semula dari tingkap ini.

Kami juga pernah melihat kesusahan.
Kesusahan itu tidak pernah indah dari kaca mata si kristal.
Tapi kesusahan itu barangkali boleh jadi suatu keindahan
Tapi keindahan itu hanya terlihat dari tingkap ini
kerana tingkap ini bisa menghurai yang dirahsia
Tingkap ini boleh mengajar,
kerana percaya ada hikmah kebaikan di sebalik keburukan itu.

Tingkap ini sentiasa terbuka
Indahnya bila berada di dunia sini
Melihat-lihat hujan dari tingkap ini
Sambil berdoa agar hidup ini tenang dan aman selamanya.

Indah sekali bila berada di balik tingkap ini
Mengintai-ngintai kehadiran burung-burung dengan suara merdu
Terbang rendah mengepak sayap di hujung bunga kertas
Mungkin menghisap madu
Melihat telatah yang ada naturalisasinya...

Tingkap ini
akan terus berada di sini...
sentiasa terbuka buat tetamu atau isi rumah
yang mahu menjenguk ke dalam rumah
mahupun,
mengintai ke luar laman.

Indahnya.

Thursday, October 19, 2006

Rindu




Bila difikir, masa yang berlalu memang pasti takkan berulang.
Mustahil. Untuk kita berundur ke zaman dulu.
Tapi yang mungkin tidak mustahil ada satu.
Iaitu perkara yang berulang.
Ya, sejarah mungkin berulang.

Ramadan kali ini, mungkin, kali ke-33 bagi aku.
Ramadan yang dulu, memang sentiasa aku rindukan.

Ramadan kini, lain sekali.
Mungkin suasananya sedikit sama, tapi pengertian dan
nostalgianya amat berbeza.
Ya, jika ditanya apa yang aku rindu.
Ramadan yang dulu-dulu yang aku rindu.

Dari segi istilahnya memang tetap sama.
Ramadan mengajar kita erti sabar.
Menahan lapar dan dahaga.
Menjaga tata tertib tingkah laku.

Namun, bila aku renung jauh-jauh ke lubuk hati.
Aku rindu pada aroma yang dulu.

Apatah lagi itu zaman kanak-kanak.
Dunia penuh kegirangan.
Indahnya tak terkata.
Namun yang indah itu bak pelangi
Sebentar rupanya.

Ramadan dulu pasti indah.
Kerana aku ada kawan-kawan bermain.
Bermain mercun, bunga api.
Kemudian, pergi ke surau untuk solat terawih.
Ramai-ramai itu suatu keseronokan.

Ramadan dulu memang suatu kenangan.
Emak pasti buat kuih.
Kakak-kakak sibuk tolong sama.
Aku pun join sekaki.
Gentel tepung, angkat kuih, tolong sapu,
tukang rasa dan komen. Indah betul!
Ada kuih gunting.
Ada jugak semprit.
Ada tempeyek, tumpi tak miss punya!
Nama yang klasik tapi rasanya pasti ngam :)

Bila tiba penghujung Ramadan,
makin tak sabar rasa nak sambut Syawal
Ada pelita di laman depan rumah
Ada budak-budak main mercun sana sini
Ada juga kadang-kadang bunyi meriam
Berdentum-dentum...
Ah seronoknya!

Bila TV siar pengumuman raya,
Semua teruja, melekat di depan TV atau radio
Sukanya bukan kepalang bila esok raya.
Kemudian,
Bila takbir dah mula berkumandang di malam raya itu
Keadaan jadi tenang,
Mungkin masing-masing sudah mahu berehat
Untuk suatu hari raya di esok hari.
atau juga
mungkinkah...
sudah ada rasa rindu
kerana Ramadan bakal pergi.

Menantinya lagi adalah suatu sejarah yang berulang
Tapi merasainya di tahun hadapan belum pasti.

Kerana itu,
Rindu pada Ramadan adalah pasti
sejarah yang berulang.
dan...
pastinya
sama sekali tak sama,
dengan Ramadan di zaman dewasa ini.


Salam Aidil Fitri