“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Monday, August 28, 2006

Bumi Kitakah Ini?

Bumi kitakah ini
Pasir yang mengalir dari jari jemariku
Jatuh berderai membentuk bumi

Adakah lautan tanah ini milikku?
Mungkinkah bumi yang berjuta abad
Milik manusia yang umurnya singkat?

Sekalipun bumi ini milikku
Kenapakah pabila ku pergi
Akan ku tinggalkan jasadku di dalamnya

Bumi kitakah ini?
Siapakah pemilik sebenarnya

Oh tuhan seru sekelian alam
Bumimu takkan jadi milikku

Hanya berikanlah aku kesempatan

Meneguk dari sungaimu

Menyelami kesepian lautan

Mengagumi gemuruh langitmu

Mengikuti gelagat hambamu

...dan menginsafi kekuasaanmu

Berikanlah aku kebijaksanaan
Untuk tidak hanya menerima
Tetapi juga memberi

Usaha dah titik peluhku
Dengan keikhlasan
Rendah hati dan belas kasihan

Amanah yang ku warisi
Dengan ikhlas ku manfaatkan
Semoga semua terilham jua

Semoga yang lain akan bertanya
Soalan yang sama
Mencari jawapannya
Kian amat ketara

Bumi kitakah ini

Tuesday, August 08, 2006

Susu

Hari ni saya nak cerita tentang susu.

Daddy kata susu ibu adalah susu yang paling baik sekali untuk bayi macam saya.

Tiap-tiap hari saya minum susu Mummy.

Saya pun dah mula kuat minum. Pagi, tengahari, petang, malam, subuh.... :)

Daddy kata, bayi menyusu badan memang kuat menyusu sebab susu ibu cepat dihadam bayi.

Saya pun tak berapa faham, tapi saya nak ucap terima kasih kat Mummy.

Sebab Mummy selalu bekalkan saya susu sebelum pergi kerja.

Sayang Mummy!! :)


Susu-susu ... he he he