“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Friday, April 28, 2006

Appointment

Hari ni kami ke DEMC lagi untuk appointment yang entah ke berapa kalinya.

Tapi yang pasti kandungan Zuha sudah berada di ambang wati. he he he
Di minggu ke-37.

Berat Zuha = 58kg (beza 11 kg dari masa sebelum hamil)
Anggaran berat bayi = 2.9 -3.0 kg
Urine test - negatif
Blood pressure - 110/70 = OK

Doktor kata, hari ini scan baby yang terakhir sebelum buat CTG (cardiotocographic) Khamis minggu depan.

Kepala baby sudah berada di bawah dan dalam keadaan yang sepatutnya.
Patutlah Zuha dah rasa sakit pinggang kadang-kadang.

CTG akan dilakukan untuk melihat dengan dekat kadar degupan jantung bayi.
Doktor juga kata, kalau Zuha sudah sedia, minggu depan jugak doktor akan buat
Vaginal Examination (VE).

Thursday, April 27, 2006

Hidung

Malam tadi bila relak-relax sambil tengok tv.

Zuha bersuara,

"Hidung Mami besar tak?"
"Bulat tak?".

Aku pandang hidung Zuha dan jawab,
"Haah besar"
"Kenapa?"

Zuha diam, aku potong cakap.

"Kawan Mami cakap kalau hidung besar dan bulat,
maknanya dah nak bersalin ya?"

Zuha mengiayakan.
"Haah"

Aku tergelak.
Gelak sakan aku.
Zuha buat muka tak puas hati.
Pelik tengok aku gelak

Adakah itu suatu mitos?
Atau memang fakta?

Apapun,
Lepas tu, Zuha suruh aku masukkan beg-beg yang dia dah sediakan, ke dalam kereta.
Agaknya Zuha dah dapat rasa mungkin dalam waktu terdekat, dia boleh bersalin.

Minggu ke-37.

Wednesday, April 26, 2006

Tidurlah Wahai Permaisuri

Sejak kebelakangan ni, Zuha susah nak lelapkan mata.
Memang panas pun.
Atau memang sebab kandungan minggu ke-37,
menjadikan sang ibu tak selesa.

Banyak kali jugak, Zuha bilang mahu beli aircond.
Aircond panasonic harga RM838, 1 HP.

Kalau beli aircond, tentu sejuk dan tidur macam musim sejuk.
Syoknyaaa!!!

Bil letrik macam mana ?

Monday, April 24, 2006

KOR..ea

AMARAN :
Tulisan kali ini mengandungi karakter yang mungkin tidak dapat dilihat atau dikesan oleh komputer atau pelayan internet anda.
Jika anda gunakan Internet Explorer :

1. Sila klik kanan pada tetikus anda, pilih Encoding > Korean

===========================================================================

Bacalah, dan cubalah menyelami perasaan itu.
Cubalah membaca dengan cara anda.
Lembutkan lidah anda sebelum membaca.


That sounds like quite an improvement.
훨씬 나아진 것 같네요.
Hwolsin Na ajin Kot Kanneyo.

The new policy was widely perceived as an improvement over the previous one.
대부분의 사람들은 새로운 정책이 이전 것보다 낫다고 생각했다.
Taebubunei saramderen sae ro un congchekgi ijeon got poda nattago senggak hetta.

The new employee handbook looks great. It's a vast improvement over the old one.
새로 나온 직원 안내서 아주 좋던데요. 전의 것보다 훨씬 나아졌더라구요.
Saero naon cikwon anneso aju cohteondeyo. Conei gotpoda hwolsin naajyottoraguyo.

When employees have more time for self-improvement, they ultimately become more productive and make the company stronger.
직원들이 자기 계발에 더 많은 시간을 투자하면 할수록 궁극적으로 생산성은 더 높아지고 회사는 더 견실해진다.
Cikwonderi cagi kaebarei to manen siganel thujahamyon halsurok kungkek chogero sengsansongen to nophajigo hweisanen to kyonsilhetta.

This weekend you'll save up to 50% on wood for your construction and home-improvement projects.
이번 주말에 건축 및 주거 개선용 목재를 최고 50퍼센트까지 싸게 판매합니다.
ibon jumarei konchuk mit cugo kesonyong mokjaerel chweigo osip pocentekaji sagei phanmeihamnida.

As part of our effort to minimize expenses, all capital improvement projects not yet funded will be frozen until further notice.
경비 절감책의 일환으로, 아직 자금을 투자하지 않은 수익 향상 프로젝트들은 통지가 있을 때까지 중단될 것이다.
kyongbi colgamchekei ilhwanero ajik cagemel thujahaji anen suik hyangsang projektederen thongjiga issel tae kaji chungdan dwel kosida.

===============================================================================

Hu hu hu...

Thursday, April 20, 2006

Bonda

Mak,
Ibu,
Umi,
Bonda...

Tiba-tiba aku teringat satu lagu yang liriknya amat bermakna.

Buat bonda-bonda di luar sana.
Dan bakal-bakal menjadi Bonda suatu hari nanti.


BONDA

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda

36!!

Hari ni genap kandungan Zuha yang ke-36.
Dalam erti kata lain, Zuha boleh bersalin dalam masa yang terdekat ini!

Segala keperluan baby, aku rasa sudah 99% siap.
Zuha dah kemaskan dan masukkan dalam beg.
Sama jugak dengan keperluan Zuha.


Ikut kata Lin, kami dah sediakan 2 beg.
Satu beg baby, satu beg Zuha.

Zuha kata dia berdebar-debar.
Itu lumrah untuk bakal ibu.
Lagilah, pertama kali...
...menghadapi situasi yang tak penah dialami.

Ada beberapa minggu lagi...

Friday, April 14, 2006

Cerah

13 Rabiul awal.

Balik dari mana ntah, di malam hari.
Zuha perasan bulan terang menderang.

Terus aku snap ngan handphone.




Bulan.
Malaysia nak hantar orang kita ke bulan kan?

Thursday, April 13, 2006

Ahad yang Panjang dan LALA

Zuha tinggal keseorangan di rumah.
Aku terpaksa pergi ke Lab.
Menyiapkan projek Network Security.

Kesian Zuha.
9 jam berseorangan.
10am ke 7pm.

Akhirnya, bila sampai je rumah.

Zuha ajak makan LALA.

Di UpTown, Damansara.

Sedap juga! Dah lama tak makan LALA.



LALA masak sweet sour.

Tuesday, April 11, 2006

Apa jua ringtangannya... he he he

Esok Lusa Selamanya - ELLA

Friday, April 07, 2006

Esok, Lusa Selamanya - Sebuah Motivasi

1996, 1993, Seksyen 6, Shah Alam

Masih ingat lagi menghadapi cabaran belajar Bahasa Korea yang teramatlah asing bagi aku. Seperti budak kecik yang baru lahir, cuba mengenal huruj, abjad. Merangkak-rangkak.
Apatah lagi cuba memahami struktur ayat dan mengarang dengan tatabahasa ayat yang pelbagai. Payahnya.

Tapi, aku tak pernah putus asa.
Kenapa ya?

Kerana esok, lusa dan selamanya.
Lagu juga boleh jadi motivasi.
Sebuah lagu yang liriknya aku sukak banget!
Dendangan bersahaja Ella.

Esok, Lusa Selamanya

Malangnya oh nasibmu
Ditakdirkan begitu
Dan setengahnya mengasihanimu
Tak terdaya membantumu


Walau apa pun jua
Kau masih punya masa
Berdikari menguasai diri
Kau takkan diketepi


Hari hari seterusnya
Kau melangkahkan kaki
Tabahkanlah semua
Cubaan dan dugaan dunia


Esok, lusa selamanya
Tuhan saja menentunya
Apa jua rintangannya
Jangan kau berputus asa
Hingga kau berjaya


Biar dirimu dikeji
Niar jua dicaci
Siapa tahu suatu hari nanti
Kau akan dipuji


Hari hari seterusnya
Kau melangkahkan kaki
Tabahkanlah semua
Cubaan dan dugaan dunia


Esok, lusa selamanya
Tuhan saja menentunya
Apa jua rintangannya
Jangan kau berputus asa
Hingga kau berjaya
Berdoalah....
Ku jua berdoa...


Hari ini, aku mencari rezeki demi sesuap nasi dengan kesusahan masa lampau...

Thursday, April 06, 2006

Menghitung Hari

Hari-hari yang berlalu.
Pantas sungguh.
Sedang aku mengira hari-hari.
Hati aku gusar
Hari aku girang
Hati Zuha tak aku tahu.

Hari-hari
aku tunggu hari itu
hari-hari
aku tunggu hari yang satu lagi.

Hari aku gusar
tunggu hari akhir semester
Hari aku girang
tunggu hari Baby keluar

tapi
ada sedikit juga
rasa hati girang, bila tiba akhir semester
tapi
ada sedikit juga
rasa hati gusar, bila tiba nanti Baby lahir.

Monday, April 03, 2006

Impian, Sebuah angan-angan dan Kekeliruan

Waaaa.....!!
dapat pergi Jepun!
buat Phd lak tu (aku cemburu)

Waaaaa....!!
kerja kat Petronas!
Engineer lak tu.
dapat selalu pergi oversea. (aku cemburu)

Waaaa....!!
dapat subsidi housing loan!
syoknya!! (aku cemburu lagi)

Fuyoooooo...!!!
dapat laptop company
handphone lagi!
project Manager pulak tu...!! (aku cemburu lagi dan lagi..)

Fuyoo!!!
woww!!!!
dasatnyaaaaaaaa!!!!
(cemburu dan lagi, aku letih)

Setiap orang ada impian.
Impian adalah suatu yang suci.
Jalan mencapai impian saja, yang kadang-kadang dipalit kekotoran.
Sama ada lumpur ketidak ikhlasan atau najis "main tipu".

Orang bangga dengan pencapaian mereka.
Kita terlopong, teruja mendengar betapa hebatnya pencapaian itu.
Termasuk juga aku. Yang cemburu.
Cemburu untuk beberapa perkara.

Angan-angan saja yang memujuk hati.
Impian yang tercipta
Semakin jauh, jauh sangat.
Terlepuk jatuh, sendiri, menunggu saat ia mati.
Sekaligus lenyap.

Tapi sudah aku bersedia...

Aku, keliru.