“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Tuesday, February 28, 2006

Sekatan Jalan Raya dan kelas Antenatal yang hampir dilupakan ...

Semua orang tahu.
Pagi Ahad itu. Banjir paling teruk di 6 kawasan di Shah Alam sejak 10 tahun lepas.

Aku mulakan hari dengan penuh keceriaan.
Perjalanan santai biasa dari Bukit Subang ke Seksyen 9, Shah Alam adalah 15-20 minit.

Perjalanan biasa ke Hotel Concorde adalah seperti berikut :


Bukit Subang --> melalui Guthrie Express Way --> Giant Shah Alam--> Seksyen 9.

Tapi,

Perjalanan hari Ahad itu adalah seperti berikut :

Mula : 8:45 am

Bukit Subang --> melalui Guthrie Express Way --> Giant Shah Alam --> U-turn --> Stadium Shah Alam --> U-turn --> Glenmarie --> Tol Batu 3 --> U-turn --> Subang Jaya --> melalui KESAS --> Exit Shah Alam --> Seksyen 23, 20, 21 --> Lebuh raya Persekutuan --> PKNS --> Masjid Negeri --> Seksyen 9.

Tamat : 10:40 am

Kelas antenatal telah bermula.
Tapi, syukurlah ia bermula agak lewat sedikit dan kami hanya terlepas sedikit saja dari topik.

Kandungan kelas adalah seperti berikut :

Pregnancy & Labour Process (oleh Dr Norleen)

Kami terlepas sebahagian daripada kandungan kelas ini.
Ia adalah tentang kehamilan dan proses bersalin daripada peringkat 1, 2 dan 3.
Penerangan tentang perkara-perkata yang mungkin berlalu semasa proses bersalin.
Vacum, forceps, breech (bayi melintang), shoulder dystocia (bahu tersangkut) , uri berbelit di leher, dan lain-lain lagi.
Penekanan diberi supaya bakal ibu dan bapa mengetahui tentang kemungkinan dan tindakan para O&G dalam membuat keputusan yang kritikal di dalam bilik bersalin.


Pain Relief / Epidural (oleh Anaestatist, Dr Wan Afaf)

Penerangan tentang pain relief seperti TENS, ETHONOX, EPIDURAL dan lain-lain.

TENS menggunakan kuasa elektrik yang rendah di mana pad diletakkan di belakang badan para ibu 30 minit sebelum jangkaan kelahiran. Proses ini menghasilkan "substances" yang natural untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin.

ETHONOX menggunakan campuran gas oksigen dan nitrus oksid yang mana dapat mengurangkan rasa kesakitan.

EPIDURAL dilakukan dengan menyuntik cecair anaesthetic ke bahagian membran di sebelah dalam tulang belakang ibu. Para anaestatist perlu melakukan ia berhati-hati atau ia gagal bertindak untuk mengurangkan kesakitan. Tiada kesan sampingan masa panjang kecuali kes terpencil.

Di DEMC satu suntikan epidural berharga RM600.


Bayi dan Perkara Berkaitan (by Dr Koshi)

Tentang bayi secara umum dan immunisasi yang berkaitan selepas kelahiran.
Terdapat beberapa sindrom yang biasa seperti jaundice(kuning), Spina Bifida, dan lain-lain (tak ingat ... :) )

Tapi yang biasa adalah jaundice.
Selalunya jika ibu berdarah O dan bayi berdarah A atau B, maka jaundice akan berlaku.
Penyusuan ibu adalah penting untuk mengelak jaundice.
Jemur di bawah matahari dan pemberian susu kambing adalah kurang efektif.
Bawalah berjumpa doktor pakar sekiranya anda was-was.

Juga menyentuh tentang kebaikan susu ibu.
Tiada apa yang perlu dihuraikan kerana susu ibu telah terbukti adalah pelaburan untuk jangka panjang yang tak ternilai. Sila fikirkan.
Susu ibu memberikan antibiotik yang natural kepada bayi.
Tanda kebesaran dan keagungan Allah.

Dr Koshi juga menegaskan, jangan biasakan memberi bayi puting sebaik saja dilahirkan.
Kerana, jika ibu mungkin menghadapi kesukaran semasa menyusukan bayi di awal kelahiran,
poses yang mungkin mengambil masa (puting ibu tersumbat, ibu tidak biasa, dan lain-lain) menyebabkan bayi "merajuk" dan lebih suka kepada puting tiruan yang lebih "lancar", dan akhirnya bayi tidak mahu langsung menyusu badan!!!

Tips dari Dr Koshi :
= jika bakal ibu risau dan tidak tahu teknik yang betul untuk menyusukan bayi, rujuklah kepada ibu, ibu mertua atau kakak yang berpengalaman.

Kesimpulannya susu ibu menguntungkan bukan saja bayi tetapi ibu sendiri kerana dapat melangsingkan badan secara semula jadi !! :)

Bacalah ! (dari www.sabah.org.my)

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.

Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi.


Perancangan Keluarga (by Dr Zamri)

Tentang kaedah perancangan keluarga.
Yang glamer : gunakan kondom dan pil perancang.
Ada juga perempuan yang gunakan IUCD berbelas-belas tahun.

Yang menarik : natural kontrasepsi adalah breest feeding.
Dengan menyusukan anak, sistem badan ibu dengan secara automatiknya mengurangkan kesuburan hormon kehamilan. Tapi ada juga berlaku kehamilan walaupun ibu menyusukan anak. Itu dinamakan rezeki. : ) he he he.


Nutrition During Pregnancy (by Nutritionist, tak ingat nama tapi dia(perempuan) dari Wyeth)

Ada beberapa nutrisi yang paling penting buat ibu.

Pada peringkat 3rd Trimester, bayi akan mula aktif menyerap nutrisi daripada ibu.
Jadi para ibu perlu mengambil makanan yang seimbang dengan gizi penting terutamanya :

Zat besi (iron), Vitamin D, Vitamin C, Asid Folik dan Kalsium
Nutrisi lain adalah AA, dan DHA.

Arachidonic Acid ( AA ) dan Docosahexaenoic Acid ( DHA ) merupakan lemak banyak terdapat pada lemak nabati dan ikan. Selain kekacang dan ikan, air susu ibu ( ASI ) merupakan sumber AHA dan DHA yang seimbang.

Sumber utama AA adalah minyak jagung ( 57%) dan kuning telur.
DHA banyak terdapat pada minyak hati ikan cod ( 9-12%), minyak ikan salmon ( 11%) dan ikan makarel.

AA dan DHA juga merupakan komponen penting dalam susunan saraf pusat.



Breathing Techniques During Labour Process
dan Antenatal Exercise (by Physiotherapist, tak ingat nama)

Fisioterapis itu baru saja melahirkan anak.

Teknik Pernafasan

Kami diajar teknik pernafasan.
Ada 4 teknik.

1. Pernafasan biasa = Tarik nafas melalui hidung dan lepas melalui mulut (tempo biasa)

2. Pernafasan semasa sakit (perut seakan memulas) = Tarik nafas melalui hidung dan lepas melalui mulut tetapi dalam tempo yang lebih kerap.

3. Pernafasan semasa sakit (lebih sakit) = Tarik nafas melalui hidung dan lepas melalui hidung dengan 5 hembusan berturut-turut.

4. Pernafasan semasa bersalin (meneran) = Tarik nafas melalui hidung dan lepas melalui hidung dengan 3 kali hembusan mengikut teranan. (agak sukar digambarkan dengan kata-kata)

Antenatal Exercise

Ada 4 senaman asas yang berguna :

1. Kemutan otot dalam rahim (Kegel) - untuk menguatkan otot lantai pelvik - memudahkan proses melahirkan.

2. Sit-up = berbaring dan cuba menyentuh tangan ke lutut dengan mengangkat kepala dan bahu. Ia dapat menguatkan otot perut.

3. Senama Spinal = berbaring dan cuba mengangkat punggung. Ia dapat melegakan tulang belakang. ATAU, kedudukan merangkak, cuba melengkungkan badan ke atas dan ke bawah. Fisioterapis tu panggil "senaman kucing".

4. Senaman Pelvik = dengan merasa tulang pelvik, menolak ke depan dan ke belakang. Meregangkan pelvik.

***

RM80 adalah berbaloi dengan segala informasi yang aku rasa penting bagi setiap pasangan.
Wyeth dengan berbesar hati memberi door gift berupa buku jadual immunisasi, perkembangan bayi, patung singa, lapik tilam bayi dan sample susu Wyeth Mama.
Ada juga ambil kesempatan beli susu Wyeth Mama yang dijual dengan harga Rm14 setin (400ml) = Mahal tak? Aku pun beli.

Untuk maklumat lanjut sila ke www.wyethnutrition.com.my


Kesimpulannya, kelas yang best. :)

Monday, February 27, 2006

Berenang-berenang ...

Sabtu yang sesak di DEMC.
Tingkat 1 itu penuh dengan orang.

Tak boleh nak dielakkan lagi.

Apabila...

Ibu mengandung,
datang bersama suami...
.. 2 orang.

Ibu mengandung,
datang bersama suami,
seorang anak...
.. 3 orang.

Ibu mengandung,
datang bersama suami,
anak-anak...
.. 4, 5, 6 atau 7 orang!!!

Tiba giliran kami,

Dr Norleen macam biasa,
senyum, ramah
penuh dengan informasi.

28 minggu, 2 hari...
Anggaran berat bayi 1.35 kg.

Berat Zuha = 54kg.
7 bulan ini, purata peningkatan berat badan Zuha = 1 kg setiap bulan.
Doktor kata, anggaran peningkatan keseluruhan = 9 - 12kg.

Tekanan darah normal.
Ujian darah = normal
Jenis darah = O positive.

Zuha mendapat suntikan anti tetanus (anti kancing gigi)
Disalurkan khas buat bayi.

Sabtu di DEMC yang paling lama
dan hangat daripada biasa...

Friday, February 24, 2006

Tanpa Tajuk

Telefon aku bergegar.
Aku tengok nombornya +603-58807827.
Aku jawab.

"Encik Suhaimi?"

"Ya".

"Saya Syikin dari DEMC,..."

"Ya, saya akan bayar esok".(aku memotong cakapnya. Ha ha ha!)

"Oh, Encik ada appointment? Hari Sabtu?".

"Ya, nanti saya bayar RM80 tu".

"Maksudnya, Encik confirm datang ya, saya nak pastikan je".

"Haah. confirm".

"Nama isteri Encik apa ya?"

"Nur Nazuha ... " (kan hari tu dah kasi tahu? ... )

"Nombor telefon dia? Handphone...."

"012-............ "

"Okay, Sabtu nanti Encik call saya ok"
"Encik tahu kan, program kat Concorde, start pukul 9.30"

"Ya, saya tahu.
"Terima kasih."


"Ok, bye".

Talian tamat.

Sabtu - appointment dengan Dr. Norleen
Ahad - class Antenatal.

:)

Thursday, February 23, 2006

Tiga

23 Februari 2003
Aku nikahi seorang gadis bernama Nur Nazuha.
Sekarang beliau adalah seorang isteri dan bakal ibu kepada anak yang bakal dilahirkan.

suka ...

duka ...

gelak ...

tangis ...


23 Februari 2006


Kandungan Zuha masuk ke peringkat ke-3 atau "Third Trimester".
Ulangtahun perkahwinan kami ke-3.
Tahun ini kami bakal ber-3.

Tuesday, February 21, 2006

Penderitaan...

Aku nampak p0kok-pokok kemboja berbunga putih yang mekar, terpaku di sana-sini.
Kawasan itu nampak kusam, bertanah merah yang pekat. Baunya menusuk hidung.
Tapi tiada semak samun yang menyesakkan. Agak kering dan hening.
Adakah keadaan di situ akan sayu, pilu dan menghibakan.

Penderitaan bermula di sini. Tidak juga berakhir di mana-mana.
Tangisan juga berpenghujung di sini.
Tiada sesiapa yang mengerti.

Bila dia ketawa, mahupun menjeling benci.
Bila dia berteriak, tentang erti kesabaran.
Tidak juga tersenyum menyamar kelukaan di hati.
Pedihnya hatinya. Tak siapa yang tahu.

Hidupnya penuh bayang-bayang.
Bayang-bayang satu persatu yang datang.
Kehilangan. Hilang dalam dunia yang terang.
Tapi jiwanya kosong. Menahan sebak.

Dia, seorang perempuan.
Mana suaminya? Mungkin terkorban di tembak komunis.
Kujuran anak-anaknya di depan mata.
Lesu...

Dia seorang perempuan yang sunyi
... yang berjalan seorang diri
... yang terluka kerana cintanya.
Namun, mimpinya tetap sempurna.

(diadaptasikan dari Cerekarama bertajuk "Langit Maghrib")

Saturday, February 18, 2006

Peringkat ke-3

Dalam diam-diam, peringkat kehamilan Zuha sudah dekat sampai peringkat ke-3 atau "Third Trimester".
Zuha sudah berada di minggu ke-27.
Lebih kurang 67% kehamilan telah berlalu.

Baby pun semakin aktif bergerak.
Menurut sumber, baby sudah pandai menghisap jari.
Dan selalunya, Baby sudah pandai membuka matanya.
Jangan terkejut yang Baby boleh melihat cahaya melalui perut ibunya.

Tuesday, February 14, 2006

Teman

Sejak kebelakangan ini.
Rutin aku setiap hari.
Selepas mandi.
Dah siap solat.
Zuha meminta aku.
Menyapukan sesuatu.
Aku titiskan minyak itu.
Yang berbau sedap.
Sapukan keseluruh perutnya.
Ada peluang, dapat lihat perut bergerak-gerak.
Baby sedang bertendang-tendangan.

Cocoa Butter Oil.
Untuk kelegaan sementara.
Gatal yang berterusan...













Gambar dipetik dari sini.

Wednesday, February 08, 2006

Kiri Kanan

Kelas Professional Awareness and Research Skills sabtu lepas, membincangkan sedikit gambaran tentang penggunaan otak kiri dan kanan dan kaitan dengan kaedah scientific research. Termasuklah betapa kurikulum sekolah banyak menekankan aspek akademik, atau secara amnya, Exam Oriented, A's Oriented, menjadikan pengetahuan berfikir secara kritikal dan kreatif ketinggalan di belakang. Itu sebabnya, penubuhan sekolah bistari, di mana pendekatan pembelajaran diolah supaya murid-murid lebih yakin untuk meneroka.
Contohnya, murid darjah satu, dilatih membuat projek mencari sahsiah keluarga. Siapa datuk, moyang dan sebagainya dan perlu mempersembahkannya di hadapan kelas.

Penggunaan otak kiri dan kanan memainkan peranan semasa pembelajaran. Kajian menunjukkan pembelajaran boleh berlaku semasa duduk dan baring. (Jangan terkejut kalau anak anda selesa belajar semasa berbaring).

Aku ke laman mindmedia untuk mencuba profail otak aku.

Ini apa yang aku dapat.

Your Brain Usage Profile:

Auditory : 56%
Visual : 43%
Left : 23%
Right : 76%

Logiknya, aku kidal. Orang kidal memang banyak guna otak kanan.
Betul, pendengaran aku lebih peka dari apa yang dilihat.
Agaknya tu sebabnya orang cakap aku jalan menonong.
Aku telinga lintah kot?

Ini pula, ringkasan dan komen dari mindmedia.

Cikmie, you show a slight right-hemisphere dominance with a moderate preference for auditory processing, an unusual and somewhat paradoxical combination of characteristics.

You are drawn to a random and sometimes nonchalant synthesis of material. You learn as it seems important to a specific situation, and might even develop a resentment of others who attempt to direct your learning down a specific channel.

Your right-hemispheric dominance provides a structure that is only loosely organized and one which processes entire swatches of reality, overlooking details. You are emotional in your reactions and perceptual more than logical in your approach, although you can impose structure and a language base when necessary.

Your auditory preference, on the other hand, implies that you process information sequentially and unidimensionally. This combination of right-brain and auditory modes creates conflict, as you want to process data more rapidly than your natural processes allow.

Your tendency to be creative and free-flowing is accompanied by sufficient ability to organize and be logical, allowing you a reasonable degree of success in a number of different endeavors. You take in information methodically and systematically which can then be synthesized rapidly. In this manner, you manage to function consistently well, although certainly less efficiently than you desire.

You prefer the abstract and are a theoretician at heart while retaining the ability to be practical. You find the symbolism in a great deal of what you encounter and are something of a "mystic."

With regards to your lifestyle, you have the mentality which would be good as a philosopher, writer, journalist, or instructor, or possibly as a systems designer or social worker. Perhaps most important is your ability to "listen to your inner voice" as a mode of skipping over unnecessary steps to achieve your goals.

Aku tertarik dengan perenggan terakhir.

Listern to your inner voice...

Sedikit lagi info secara umum.

Otak Kiri dan Kanan (dari http://www.aiaa.org.au/news/news4/surat4.html) - dibahasa melayukan seperti di bawah.

1. Otak Kiri merupakan pusat pengendali fungi intelektual seperti daya ingat, bahasa, logikal, perhitungan, daya analisis, pemikiran rasional, pertimbangan deduktif analisis, angka-angka dan pemikiran konfergen.

2. Otak Kanan merupakan pusat pengendalian fungsi mental, spontan, intuisi, sikap, emosi, mimpi, warna, hubungan antara ruang dan dimensi, gambar, muzik (irama), gerak dan tari, kesenian, kreativiti , imaginasi, originaliti, daya cipta dan bakat artistik serta pemikiran-pemikiran divergen.

Jadi, kiri atau kanan ?

Monday, February 06, 2006

Jualan Murah

Kata kawan aku berdasarkan pengalaman diorang, elok beli barang-barang dari sekarang, (sikit-sikit) supaya nanti, bila dah dekat, tak kelam-kabut atau terasa banyak dan tinggi harga keseluruhannya.

Jadi, bersempena dengan saranan itu, ditambah dengan SALE yang sedang berlangsung, dan juga keterujuaan aku untuk membeli-belah baju baby, aktiviti membeli-belah secara sederhana telah berlangsung. he he he.

Kami tengok-tengok.

Stroller... (ada absorber wehhh..!)

Car Seat...

Baby Cot...

Infant wear - pants, socks, mittens, ....

Cute Shoes...

Toys...

Bottles...

Bantal dan tilam...

Barang-barang Babycare ...

Ada mahal.
Ada murah.
Tapi kebanyakkannya mahal.


Cute tak?
Aku teruja.

Friday, February 03, 2006

Pelabuhan...

Pelabuhan dan airnya mungkin tak sesak.
Tapi pengunjungnya menyesakkan.
Kereta dan orang.

Pantai Pelabuhan Dickson.
Sepanjang-panjangnya dipenuhi.
Hotel penuh.
Pantai penuh = dengan khemah orang camping dan..

SAMPAH!!
ada yang kotor, ada yang bersih.
Bersihnya kurang dari yang kotornya.

Kami tinggal di Ancasa Resort.
Bagus juga jadi ahli orient rewards.

Peak rate apartment satu bilik = RM288.
Aku dapat lebih murah RM208 dari itu.

Syukur.

Appointment Lagi

Tarikh : 28 Januari 2006, Sabtu

Ini adalah kali ke-5 appointment Zuha di DEMC.
Kali pertama, ke-2 = dengan Dr. Norleen.
Kali ke-3 dan ke-4 = dengan doktor ganti, Dr. Nor Haliza
dan kali ke-5 ini, kembali dengan Dr. Norleen, setelah 2 bulan tak jumpa dia.

Sabtu.
Memang ramai orang hari ni.
Sengaja tukar dari evening clinic ke sabtu supaya dapat jumpa Dr. Norleen.

Ambil darah.
Kali ke-2 Zuha ambil darah kat DEMC sejak Zuha mendaftar di situ.
Prosedur biasa buat ibu mengandung. Doktor kata tujuannya adalah untuk mengetahui jumpa sebenar hormon kehamilan dalam badan , termasuk hCG (human chorionic gonadotropin), iaitu yang dihasilkan oleh placenta.
Ujian lain aku tak pasti, mungkin untuk periksa tahap glukose, dan vitamin-vitamin lain.
Tunggu appointment seterusnya untuk keputusan lengkap.

54kg.
Berat Zuha naik sekilo lagi.
Doktor kata, normal.
Tekanan darah pun ok.
Perkembangan yang positif.

Scanning.
Alhamdulillah, pembesaran baby seimbang.
Doktor Norleen tunjukkan kedudukan uri dan saiz baby secara keseluruhan.

Gender.
Tunggu bulan depan.