“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Tuesday, March 28, 2006

Nombor-nombor

By 25 March 2006,

56 kg = Berat badan Zuha (perbezaan 9 kg sejak sebelum hamil)

2.15 kg = Anggaran berat Baby mengikut isipadu perut.

32 = Minggu kandungan.


Kedudukan bayi sudah ke bawah (kanan).

Sejak kebelakangan ni, Zuha mengadu baby banyak bergerak dan menendang.

Baby juga yang kejutkan Zuha di awal pagi :)

Tuesday, March 21, 2006

Setia Usaha

Aku dilahirkan oleh seorang wanita bernama emak.
Emak adalah "superwoman". Emak berada dalam classnya tersendiri.
Aku dikurniakan adik beradik yang agak ramai.
Empat orang abang, empat orang kakak.
Aku bongsu.

Kenduri ahad lepas telah berlalu.
Kenduri adik-beradik, ipar-duai dan anak-saudara.
Kenduri yang sederhana.
Kenduri tahlil dan doa selamat buat Zuha dan baby.

Bila semuanya sudah berakhir.
Terfikir aku.
Alangkah untungnya aku.
Punyai setia usaha yang setia berusaha.
Segalanya beres.

Terima kasih semua.
Terima kasih untuk kehidupan.
Ini kehidupan.

Wednesday, March 15, 2006

In the Womb



Isnin malam Selasa, di Astro, National Geographic, Channel 52.

Dokumentari bertajuk "In the Womb".

Tentang perkembangan bayi dari mula-mula consepsi berlaku sehinggalah minggu ke-40 untuk sedia dilahirkan.

Antara yang diperkatakan adalah...

"....Sebelum bayi bernafas untuk kali pertama di dunia luar dari perut ibu, bayi mengalami perubahana yang menakjubkan! Dari seketul sel sehingga menjadi sekomplek sel yang mempunyai daya ketahanan sendiri..."

Dokumentari yang aku rasa hebat ini menunjukkan foto yang amat indah dengan penggunaan teknologi imej 4D yang membongkar kehebatan proses pembesaran bayi dari perkembangan hati, denyutan nadi, perkembangan anggota badan sehingga ke pembentukan paru-paru.

Apa yang menarik antaranya :

1. Bayi mula mengenal suara ibunya seawal bulan ke-5. Suara ibu bergetar di dalam udara dan memasuki rongga perut dan lebih dekat daripada suara-suara luar yang lain. (seperti suara ayah, nenek, dan orang-orang lain)

2. Bayi akan menghisap jarinya semasa di dalam perut ibu. Jari yang mana yang dihisap bakal menunjukkan tangan mana yang akan digunakan oleh bayi selepas dilahirkan. (Kidal atau Kanan)

3. Perut ibu boleh ditembusi cahaya matahari jika terdedah.(sedikit). Bayi boleh merasa tidak selesa jika ini berlaku.

4. Bayi mudah mengenal tempo atau irama yang diulang-ulang. Irama yang tenang dan sederhana akan membuatkan bayi merasa tenang dan selamat. Untuk itu, dinasihatkan ibu mengulang-ngulang irama ciptaan sendiri untuk menenangkan bayi. Kajian menunjukkan, bayi yang menangis akan kembali tenang selepas mendengar muzik atau irama yang sentiasa didengari semasa di dalam kandungan.

5. Bayi meminum air ketuban di dalam perut ibu.

6. Bayi juga bermimpi dan memori pertamanya tercipta di akhir kandungan. Kita boleh tahu bayi sedang bermimpi dengan melihat bibirnya diherot-herotkan semasa dia "tidur" di dalam kandungan menerusi imbasan imej 4D.

7. Kuasa Allah telah menciptakan, selepas cukup 9 bulan, suatu cecair yang tercetus di dalam perut ibu untuk merembes keadaan supaya bayi dikeluarkan dari perut ibu.

Imej-imej dipetik dari www.nationalgeographic.com



= Imej 4D


Tuesday, March 14, 2006

Siapa Ariel

Di tempat kerja aku, ada seorang budak cina.
Budak cina ini mukanya seakan-akan Ariel.
Siapa Ariel?
Mula-mula, aku pun tak perasan.
Tapi salah seorang kawan aku bernama G, bagi tahu.

Ariel adalah penyanyi kumpulan Peterpan dari Indonesia tu.

Maka, tercetuslah perbualan antara aku dan G.

###########################################################

Aku : Sedap jugak nama Ariel ni ya? (Dalam hati, boleh buat nama anak, kalau lelaki)

G : Haah sedap.

G : Macam ariel tv.

Aku : Sapa tu?

G : tu la, yang orang pasang kat tv kasi nampak clear tu?

Aku : ha haha ha siot kau!!!

###########################################################

Aku pun tergelak-gelak tengah hari itu, menghilangkan sebuah kemengantukkan.

Tak perasan pulak ejaan Ariel tu sama dengan ejaan ariel tv.

Aduh ...

Sunday, March 12, 2006

6670

Tuesday, March 07, 2006

Membeli-beli (Kenapa "membeli-belah?")



Hujung minggu lagi.
Aktiviti utama yang ditunggu-tunggu adalah membeli-beli.
Sambungan membeli-belah part 1. he he he.

Kali ini hanya beli beberapa barang yang tak dibeli pada part 1 hari tu ...

Bedak...

Krim mandian ...

Shampoo ...

Losyen ...

Tuala muka ...

Drypers ...

dan lain-lain...

Jalan-jalan Toys R Us,

Nampak playpen.

Mahalnya :)

Monday, March 06, 2006

Kenduri

Orang dulu, ada istilah lenggang perut.
Aku pun kurang pasti apa itu lenggang perut.
Sebab kakak-kakak aku tak pernah buat majlis ni.

Okay, sekadar pengetahuan am. Lenggang perut adalah ...
(digoogle, hasilnya didapati dari http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=195782)

Panggilan ‘Lenggang Perut’ ni mengikut sebutan kebanyakan orang melayu selatan semenanjung, manakala ‘Kirim Perut’ difahami oleh orang sebelah utara. Adat ni dijalankan ke atas isteri yang genap 7 bulan hamil. Dipanggil bidan untuk memeriksa & menentukan isteri tu betul tidaknya genap 7 bulan hamil.

Kelengkapan yang mustahak:
- tujuh helai kain - kalau dapat tujuh warna berlaianan.
- Segantang beras.
- Sebiji kelapa
- Beberapa urat benang mentah
- Sebatang damar
- Sedikit minyak kelapa atau minyak urat.
- Sedikit lilin.
- Satu tempat sirih atau tepak yang lengkap isinya.
- Pengkeras : wang sebanyak lima suku (RM1.25) di dalam tepak tu.

Proses:
- Bidan membentang 2 helai kain melintang sehelai di atas sehelai.
- Isteri hamil dibaring atas kain itu.
- Minyak kelapa atau minyak urat diurut perlahan2 di perut dlm kadar sebentar.
- Kelapa yang tlh dikupas diguling2 perlahan atas perut dari atas ke bawah tujuh kali dan pd kali ke 7 dilepaskan & dibiarkan kelapa itu bergolek drp perut jatuh ke mana2 pun.
- Apabila tkh berhenti kedudukan muka atau mata diperhati oleh Bidan. Kalau menghala ke atas kononnya akan beroleh anak lelaki. Kalau mata kelapa menghala ke bawah kononnya perempuan.
- Bidan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dengan sebelah tangannya dan yang hujung satu lagi dengan tangan sebelah lagi.
- Diangkat sedikit sambil dilenggang2kannya badan isteri itu seketika.( dari sinilah terbitnya ‘Lenggang perut’)
- Ditariknya kain itu keluar daripada badan isteri. Dilakukan sehelai demi sehelai pada 7 kain2 itu.
- Kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan bersama2 kelapa, beras, damar, sieih pinang sera wang pengkeras itu.Pada hari lenggang perut itu biasanya diadakan sedikit kenduri bagi kaum keluarga yang dijemput khas. Isteri yang berlenggang perut dipakaikan dengan pakaian baru.

...
Untuk kami pula, rasanya lebih elok buat kenduri "doa selamat".
Jemputlah datang ke rumah mak aku, Kg Sementa.
19 Mac (Ahad), kita makan-makan tengahari sama-sama. :)