“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Wednesday, May 31, 2006

Menu Mummy



Menu Zuha untuk makan tengahari dan makan malam,
tak lain tak bukan adalah ikan haruan.

Kadang-kadang masak sup,
kadang-kadang masak singgang.
kadang-kadang kukus dengan halia dan bawang...

Sedap!

Monday, May 29, 2006

Thaqif lagi....



Thaqif lagi di hari pertama. 26 Mei 2006

Assalamualaikum!!!

Assalamualaikum,

Dengan berbesar hati, aku perkenalkan kepada semua.

Ameer Thaqif bin Suhaimi....



Lahir pada 26 Mei 2006, jam 9:07 pm

Friday, May 26, 2006

Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Ilahi.
Walaupun terpaksa Caeser,
Zuha dan baby telah selamat.

Kronologi

25.05
Dr Norleen beri tempoh lagi untuk mencuba
pembukaan rahim yang statik setakat ini, 1cm
Mengambil keputusan untuk induce.

26.05
10:30 am
sekali lagi VE dilakukan, masih 1cm.
Ubat induce dimasukkan ke dalam rahim.

12:00 pm
Zuha sakit sikit-sikit seperti biasa.
CTG - heart beat baby masih normal.

01:30 pm
Air ketuban pecah.

03:00
Mula masuk air untuk langkah induce seterusnya
CTG dilakukan, heart beat baby jatuh di satu dua dua minit selang 10 minit.
Tanda-tanda baby lemas sudah mula kelihatan.

04:30 pm
Air terus dimasukkan, bertukar tangan pula.
Urat saraf Zuha agak kecil.
VE- tiada perkembangan, 1cm.
Dr Norleen memberi spekulasi dan komen.
CTG terakhir jam 6.30-7pm sebelum keputusan terakhir dibuat.

06:30 pm
CTG, heart baby sudah mula turun, dan jatuh agak teruk dalam
suatu ketika sampai aku panggil nurse. Agak panik.

07:45 pm
VE sekali lagi, masih 1cm
Dr Norleen memberi komen, kemungkinan tali pusat baby terbelit.
Keputusan dibuat- Caeserean!

08:00 pm
Aku tenangkan Zuha walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu.
Risau sedikit.

08:30 pm
Zuha masuk operation theatre
Aku menanti di luar.
Mama Zuha dan adik ipar turut ada.

9:07 pm
Alhamdulillah,
dalam hujan turun lebat, baby berjaya dilahirkan.

9:20 pm
Baby keluar dari operation theatre.
Seronoknya hati mendengar baby menangis.
Alhamdulillah!
Aku azankan baby.
Syahdunya saat itu.

9:50 pm
Zuha keluar dari operation theatre.
Syukur semuanya selamat.

Friday, May 19, 2006

Dah ke Belum?

Terlalu banyak SMS dari kawan-kawan aku dan Zuha
...bertanya khabar berita terkini.

Jawapannya.
Belum!

Baby masih belum mahu keluar.

Dr Norleen kasi tempoh lagi seminggu.
Kalau tidak, "induce".

Jam 11:30 malam,
dapat SMS dari seorang kawan
"Aku dapat baby boy"

Alhamdulillah.
Isterinya juga di DEMC, doktornya juga Dr Norleen.

Monday, May 15, 2006

Guru dan Ibu itu...

Mak
terima kasih,
...dulu kecik-kecik,
aku mintak dukung...
aku nangis, aku mintak dukung...

masa aku kecik-kecik
aku nak susu,
mak kasi susu.
bila dah besar sikit,
aku nak milo..
mak buatkan air milo gelas besar.

Mak,
terima kasih mak,
bila aku nangis nak kalkitos
mak belikan kalkitos
bila aku nangis nak harmonika
mak susah payah bawa aku pergi Parkson
aku nangis-nangis tak tahu nak sebut "harmonika"
mak pun buntu..
tapi akhirnya jumpa juga harmonika itu...

Mak,
terima kasih mak
sedikit sebanyak
mak aturkan perjalanan hidup aku
mak tolong ingatkan apa-apa yang perlu
memang betul kata mak

Mak,
terima kasih mak
kerana mengajar aku mengaji
tak lah aku kelu dan buta hati menyebut surah-surah
terima kasih mak
kerana ajar aku ABC, 123
taklah aku mudah ditipu dan
oleh itu aku berada di sini

Mak,
terima kasih mak
berkorban untuk kami
adik-beradik
Mak,
tak terbalas benar jasamu

Mak,
kaulah mak
kaulah guru.

Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Guru

Selamat menjadi bakal Ibu...
buat isteri tersayang...

Thursday, May 11, 2006

VE

Macam biasa, hari ni appointment lagi.
Berat Zuha kurang 1kg, pelik jugak. Ntah-ntah timbang tu spoiled kot.
Tekanan darah normal 80/120
Urine test - normal.

Dr Norleen agak sibuk hari ni dengan operations.
Menantilah Zuha dan aku di bilik pesakit setelah Zuha selesai CTGnya.
Baby masih aktif.

Dr Norleen datang ke bilik.
Ramah tamahnya seperti biasa.
Aku keluar bilik.

Doktor buat VE.
Baby sudah "engaged"

Kena datang lagi Khamis depan..
hari kelahiran dijangkakan.
18 Mei...

Friday, May 05, 2006

"Engaged"

Semalam, jumpa lagi Dr Norleen.

Berat Zuha kekal 58kg.
Pagi tu, tak ramai orang.
Terus buat CTG...
...20 minit jugak Zuha berbaring dalam bilik CTG tu.

"Active baby"...
Doktor jelaskan bayi masih aktif.
Doktor tunjukkan graf kadar denyutan jantung.
Doktor lakarkan graf apabila bayi mula pasif,
dan jika tiada kontraksi berlaku, mungkin induksi terpaksa dilakukan.

Doktor tanya tentang VE
Doktor periksa tekakan darah Zuha
Doktor jelaskan kepentingan VE

Zuha belum bersedia untuk VE
Zuha putuskan untuk buat VE minggu depan

Doktor periksa perut Zuha
Doktor kata, kepala bayi belum "engaged"

Doktor lakarkan kedudukan bayi di atas kertas
Doktor pesan, jangan tunggu sampai keluar tanda seperti
darah atau air ketuban... untuk datang ke hospital.
Kalau sudah ada kontrasi yang kerap...
Doktor sarankan terus ke tingkat-2. :)

Berlalu lagi hari-hari.
Minggu ke-38 ini.

Wednesday, May 03, 2006

Kemas-kemas

Seminggu kebelakangan ni, aku dan Zuha...
mula sibuk kemas-kemaskan rumah.
Lap-lap apa2 yang patut, susun-susun,
.. buang, sisih, basuh, vacum...
Kemas.. kemas ..kemas. :)

Bukan nak pindah, tapi.. nanti senang.
Zuha akan berpantang di rumah maknya.
Taku tak sempat nak kemaskan rumah pulak nanti.

Zuha dalam dilema,
bila nak mulakan cuti.
EDD = 18 Mei.
Zuha plan nak start cuti 8 Mei,
bagi aku terlalu awal pulak.

Aku cadangkan 11 Mei, seminggu sebelum.

Apa-apa boleh jadi.
tengoklah keadaan....

Alamak!!
Rumput kat belakang rumah tak bertebas lagi!!!!! aduhhhhhhh ....