“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Friday, October 28, 2005

Minggu ke-11

Sedikit info untuk minggu ke-11
Dipetik dari www.amazingpregnancy.com

Pregnancy Week 11


The Mom:
There are many common discomforts in pregnancy. Most of these can be easily dealt with, and will pass as soon as your deliver your new bundle of joy. Here are some tips to help you manage them.

Leg Cramps
If you wake with leg cramps, flex your foot upward. This will help stretch the muscle. You may find that a hot pad or a gentle massage will also help relieve the pain. To help avoid these cramps, be sure to get some exercise daily. Also, potassium (such as eating a banana a day) is said to help ward them off.

Backaches

Once you start showing more, it's easy to let good posture go out the door. We tend to lean back to compensate for baby's weight out front. This puts extra stress on your lower back. Remember to stand straight, wear sensible shoes, lift only by bending at the knees, and sit in chairs that provide back support. You can use an extra pillow if your chair doesn't.

Vaginal Discharge
An increase in vaginal discharge during pregnancy is normal as long as it is clear and white. If you notice a smell, itchiness, or color, you may have developed an infection. It would be a good idea to let your doctor know.

SYMPTOMS YOU MAY EXPERIENCE

Breast Changes, tenderness, fullness, darkening of the areola
Frequent Urination
Morning Sickness
Fatigue
Constipation
Indigestion or heartburn
Occasional headaches

The Baby:
The length of your baby this week is an average of 1.75 - 2.4 inches and your baby weighs about 0.3 ounces. You baby is entering into another rapid growth period, in fact, in the next few weeks, you can expect baby's length to double!! Baby's head is about half the length of the body now. Beginning this week, the external genitalia is developing, although it's still too soon to tell if you are having a girl or boy by ultrasound.

Thursday, October 27, 2005

Jumpa Doktor

Hari ini tepat minggu ke-11.

Jumpa Doktor Norleen macam biasa.
Yang kelakarnya, bila nurse beri Zuha satu kertas kecil panjang berwarna putih dan sehelai tisu, Zuha tak tahu nak buat apa.
Aku meneka yang itu adalaha untuk ujian kencing manis.
Memang betul, Zuha tanya pada seorang kakak yang entah berapa bulan hamil, besar juga perutnya. Maklumlah pertama kali. :)

Berat badan pula : 49kg menurun 0.5 kg dari berat 2 minggu lepas.
Mungkin sebab penangan muntah yang berpanjangan.

Seperti biasa, doktor Norleen periksa tekanan darah. Alhamdulillah normal.
Ujian kencing manis pon negatif.
Bila doktor buat scanning di perut, janin masih amat kecil, lebih kurang 4.5 cm.
Tapi sudah ada nampak kepala dan kaki. Berdenyut-denyut jantungnya.
Tangannya pula dikepak-kepak seperti sedang terbang.

Ingatkan nak mintak salinan gambar scanning, tapi segan pulak.
Mungkin lain kali.

Doktor tanya sama ada ada bleeding atau tak. - Tidak ada.
Tanya sama ada boleh minum susu atau tidak. - Tidak boleh lagi.
Tanya sama ada perlu ubat muntah atau tidak - Ya, perlu.

Jadi doktor hanya kasi ubat muntah dan acid folic macam biasa.
Lawatan seterusnya ialah pada 28 November 2005, 7:00 pm (evening clinic).
Ada lagi sebulan dari sekarang.

Thursday, October 20, 2005

Sekejap betul masa berlalu. Kesibukan aktiviti harian kadang-kadang melekakan kita.
Zuha dah masuk minggu ke-10 lebih kurang 2 bulan setengah.
Tak banyak perubahan yang ketara berlaku sepanjang minggu ini. Hanya aktiviti rutin.
Cuma, mungkin bagi Zuha minggu ni agak sibuk sebab big bossnya sudah bertukar ke Phuket. Sementara menanti boss baru nya datang, aku rasa semua kerja Zuha kena buat.

Info untuk minggu ke-10.
dari www.amazingpregnancy.com

Pregnancy Week 10

Pregnancy is a time of many changes. You may notice that the increase in your hormones causes many different changes in your body. Some women find that their emotions range from tears of sadness to a feeling of total joy. You may also begin to have feelings of doubt about being a good parent or whether you have any maternal instincts at all. This is all very normal. It's OK to feel confused, and even have petty fights with your spouse. Just be sure to make up quickly, and discuss your worries and anxieties with him. If you find yourself feeling overstressed, you may want to practice relaxation techniques. These will help you throughout your pregnancy, labor and beyond.

You may notice that you are feeling warmer than usual, this is due to an increase in the amount of blood circulating in your body.

Your uterus is now about the size of a large orange. If you find your prepregnancy clothes uncomfortable, consider loose fitting clothing.

SYMPTOMS YOU MAY EXPERIENCE

Breast Changes, tenderness, fullness, darkening of the areola
Frequent Urination
Morning Sickness
Fatigue
Constipation
Indigestion or heartburn
Occasional headaches

The Baby:

This week, your growing baby is about 1.25 - 1.70 inches long, and weighs just under a quarter of an ounce. If your could see your baby, you would think how much he looks like a tiny human now. This is the end of your embryonic period and the beginning of your fetal period. Baby is now considered a fetus! By the end of this week, baby's organs and systems are all formed, and now just continue to develop and grow.

Thursday, October 13, 2005

Petua Kehamilan - Anak Pandai, InsyaAllah

Rangsangan Dalam Rahim Bina Otak Janin

Oleh: Siti Haidah Asri

Sumber: Wanita, Ogos 1995


Titisan zuriat bermula dari alam rahim. Di sinilah saat bermulanya kehidupan bayi yang bergelar janin. Justeru waktu kehamilan adalah saat paling penting dalam proses perkembangan janin. Ini kerana dalam tempoh tiga bulan pertama kandungan, otak janin mula berkembang dengan pesat. Janin sudah mampu merasa dan memberi reaksi terhadap persekitarannya. Misteri alam rahim ini bukanlah satu cereka sebaliknya turut diakui oleh ahli sains perubatan melalui teknologi kejaninan.

Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa otak bayi dalam kandungan sudah mula menunjukkan potensi yang mengkagumkan. Kebanyakan ibu hamil tidak menyedari bahawa pengalaman dan emosi ibu semasa mengandung turut dirasai oleh janin. Dunia awal janin iaitu alam rahim merupakan institusi pertama bagi bayi mempelajari segala perkara baru yang dapat dirasainya. Janin menyerap dan merakamkan segala detik dan pengalaman yang dilalui tanpa mampu menapis kerana mekanisma menapis maklumat masih belum terbentuk.

Tanpa disedari perlakuan dan emosi ibu sepanjang tempoh kehamilan turut mempengaruhi personaliti dan watak bayi apabila dilahirkan kelak. Sebaik sahaja bayi lahir ke dunia, mereka telah pun memiliki lebih kurang 1 X 10 sel neuron di otak. Sel-sel neuron terus berembang dengan pesat sehingga berusia lima tahun. Pada tahap inilah bayi belajar mengamati lingkungannya. "Sepanjang manusia membesar, terutama di awal usianya, dia adalah seperti plastik, terdedah kepada tanggapan-tanggapan, peka dan terpengaruh dengan persekitaran serta tanggapan-tanggapan mental dan fizikal yang akan membentuk dirinya dalam kehidupan," - Prof. Robert Debre.

Berdasarkan keadaan ini, ibubapa sebenarnya mempunyai peluang yang luar biasa untuk mempengaruhi dan mencorakkan anak-anak menjadi manusia pintar, cemerlang dan bermutu. Khususnya, ibu hamil kerana mereka lebih dekat hati dan perasaan dengan janin yang dikandungnya. Ibu hamil yang bijak dan prihatin berupaya untuk melahirkan insan kamil beserta keupayaan minda yang tinggi.

Bagaimana peluang ini boleh digarab oleh ibubapa khususnya ibu yang hamil?
Dr Hassan Haji Mohd Ali dalam bukunya, 'Mendidik Anak Pintar Cerdas,' menggariskan bahawa janin dalam kandungan sebenarnya boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu khususnya sentuhan kasih sayang. Makanan yang berprotein juga penting dalam pembinaan otak bayi. Di samping itu, berkurun-kurun lamanya Islam telah menekankan hal merangsang (mendidik) anak sejak dalam kandungan melalui amalan-amalan tertentu. Malah, Islam juga turut mendidik pasangan cara-cara berjima' untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

Cara-cara merangsang bayi dalam kandungan . Pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang-rangsang dan tidak mudah meragam. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahiran bayi tersebut dengan penuh ikhlas dan kasih sayang melalui usapan-usapan lembut Perdengarkan beberapa jenis bahasa, muzik terutamanya zikir dan ayat al-Quran serta pelbagai rangsangan pengetahuan asas yang mudah Sentiasa bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan dengan kata-kata manja, lunak dan menyegarkan. Mulalah ajarkan bacaan seperti A,B,C, 1,2,3; memperkenalkan diri seperti: 'Assalamualaikum/hello sayang, ini emak/ayah,'

'Anak emak/ayah bijak/baik' dan sebagainya. Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti: menepuk perut dengan lembut,menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut untuk menenangkannya, menepuk perut untuk mendapatkan reaksi bayi Rakamkan suara ibu, ayah dan ahli keluarga yang lain beserta bunyi-bunyian dan pasangkan 'ear-phone' ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara setelah dilahirkan kelak Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut. Lakukan rangsangan ini selama 5-10 minit

Islam amat menggalakkan ibu-ibu mengandung mengamalkan beberapa perkara tertentu agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya: Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat. Dengan amalan ini Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama Banyak membaca al-Quran. Antara ayat-ayat al-Quran dan surah yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, surah Yasin, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-Nahl (ayat 78) dan surah al-A'raf (ayat 189). Dengan membaca surah dan ayat ini selain daripada ibadah ia juga untuk memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna dan soleh Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

Wanita hamil perlu mengetahui bahawa perasaan yakin dan gembira sewaktu hamil akan mengeratkan hubungan kekeluargaan terutama dengan suami dan ahli keluarga. Keadaan emosi yang tenang dan bahagian akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Ibu yang sihat menjamin keadaan pernafasan, pemakanan dan hormon yang stabil. Kestabilan ini dengan sendirinya dapat membantu membekalkan oksigen dan makanan yang lancar untuk janin.

Ibu hamil yang tenang dan bersikap positif terhadap kehadiran bayinya juga didapati kurang mengalami risiko kehamilan. Mereka lebih mudah melahirkan anak. Keselesaan dan perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Dipetik dari : http://camarsepi1.blogdrive.com/

First Appointment

Masa : 9:00 pagi
Tempat : Darul Ehsan Medical Centre, Seksyen 9, Shah Alam
Doktor : Norleen Mohd Salleh

Kami orang pertama sampai bernombor 6002. :)
Hujan agak lebat pagi ni. Keadaan di sini pun agak suram, tak ramai orang lagi. Nurse bergerak pantas ke sana ke mari memulakan tugas.
Sampai-sampai je, nurse suruh Zuha timbang berat. 49.5 kg.

Dah lama tak ke mari. Kali terakhir kira-kira 5 bulan lepas. Itupun sebab buat ujian IUI dengan Doktor Zamri.

Giliran kami. Doktor Norleen seperti biasa. Tenang dan ramahnya memang menambat hati kami untuk ke sini. Itupun Kak Fiza yang mula-mula recommend bila orang asyik sibuk tanya tak pergi check selepas setahun kawin, Zuha tak hamil lagi.

Macam biasa, doktor borak-borak, tanya boleh puasa ke tak. Boleh minum susu ke tak.
Doktor tanya tarikh hari pertama period terakhir. 11 Ogos 2005.
Tarikh jangkaan bersalin, Insyaallah = 18 Mei 2006.
Zuha di ambang minggu ke-9.

Scan janin. Doktor ajak aku tengok sekali. Comel betul.
Doktor terangkan tentang janin dikelilingi air ketuban. Masih belum ada placenta yang support janin. Tapi doktor kata, janin dah ada heart beat. Doktor tunjuk ada satu cahaya kecil seakan berdenyut-denyut di skrin. Kalau nak tahu, saiz janin tu amatlah kecil, 1.8cm iaitu kurang dari seinci

Lepas bincang-bincang, doktor kasi Zuha acid folic dan satu pil untuk menguatkan rahim. Doktor kata terlalu awal untuk kasi vitamin. Kami pun setuju.

Appointment seterusnya : 27 Oktober 2005

Tuesday, October 11, 2005

Minggu ke-9

Tak ada apa-apa yang istimewa berlaku sepanjang dari minggu lepas ke hari ini.
Semuanya biasa je. Cuma, Zuha ada sedikit bleeding semalam. Risau jugak aku. Tapi Zuha kata, benda camtu adalah normal. Esok kami akan berjumpa Doktor Norleen. Tak sabar pulak rasanya. Esok genap minggu ke-9 buat Zuha.

Info mengenai minggu ke-9.(dari www.amazingpregnancy.com)

Pregnancy Week 9


The Mom:

Good nutrition is important during pregnancy. You should plan on increasing your calorie intake between 300-95% calories daily. These extra calories provide the extra energy needed for growth in both you and baby.


PROBLEMS THAT MAY ARISE


Everyone hopes for a smooth pregnancy, but sometimes problems can and do develop. Here are some of the possible complications that can arise. If you have any questions about any of these, be sure to ask your health care provider.

Preeclampsia is a high blood pressure condition that can develop in pregnancy. If left untreated it can reduce the oxygen flow to your baby. Symptoms include: elevated blood pressure, protein in the urine and headaches. Your Health Care Provider (HCP) will monitor you at each visit for any signs of preeclampsia.

Spotting during early pregnancy is something every pregnant woman fears. It is possible to bleed heavily and not miscarry or harm baby, but you should make your HCP aware of any spotting you have. Sometimes spotting may be due to an impending miscarriage, you HCP may be able to do an ultrasound scan to see if baby is developing normally.

Ectopic or tubal pregnancies are when the fertilized egg implants in the fallopian tubes. If it's not detected early enough the tube will eventually rupture, with causes severe pain. Surgery is required to terminate the pregnancy, and sometimes, you may also lose the fallopian tube. If it's detected early enough, rupture can often be prevented by medication that causes the embryo to be reabsorbed. Symptoms include: pain in the side of the abdomen, and vaginal bleeding.

SYMPTOMS YOU MAY EXPERIENCE

Breast Changes, tenderness, fullness, darkening of the areola
Frequent Urination
Morning Sickness
Fatigue
Constipation
Indigestion or heartburn
Occasional headaches

The Baby:
Can you believe that your baby is now an inch long? That's right, the average embryo is .9 - 1.2 inches long at this point. This week, you could now see your baby's external ears. Feet and hands are continuing to form and the fingers and toes are starting to be visible. Baby is now moving about, although you probably won't feel this movement until about your 16th week.

Thursday, October 06, 2005

Minggu ke-8

Hari ni minggu ke-8.
Aku dapat sedikit maklumat lagi dari www.amazingpregnancy.com
Waktu sekarang memang puncak sakit ulu hati. Zuha kena sabar 300% dari biasa.
Minggu depan jumpa Dr Norleen.
Aku rasa Zuha tak perlu puasa kalau angin ulu hati tu teruk sangat.
Zuha kena makan dan tak boleh biarkan perut dia kosong.
Kalau tidak masuk angin, dan bila makan, terus keluar balik....


Pregnancy Week 8



The Mom:
In the next few weeks, you will have your first visit with your health care provider. You can expect it to be very thorough. Be prepared to give a full medical history, not just for yourself, but for your family. They will probably do several routine tests. Some of these will be repeated at every visit, while others will not.


Test usually performed at each visit include:



Blood pressure checks look for increased blood pressure which can be a sign of preeclampsia.

You can expect to be weighed at each visit. The average pregnancy weight gain is between 20 to 30 pounds. Most of this weight gain comes after the 20th week.

You can expect a urine test at each appointment to check for sugar, protein or ketones in your urine. Each of these can indicate that you are developing possible complications in your pregnancy.

You will also be examined to see if you have any swelling in your feet, ankles or wrists. These can also be indicators of preeclampsia.

Usually, during that first visit, you will be asked to have a blood test. This checks your blood type and RH factor, whether you are immune to Rubella, if you are anemic and many other serious health conditions.

You may also have an internal exam during this visit. If it's time for your yearly PAP smear, you may have that as well.

SYMPTOMS YOU MAY EXPERIENCE


Breast Changes, tenderness, fullness, darkening of the areola
Frequent Urination
Morning Sickness
Fatigue
Constipation
Indigestion or heartburn
Occasional headaches

The Baby:
The crown to rump length of your baby is .56 - .8 inch now. So many things are changing in your baby every day now. If you could look at your baby closely, you'd see the tip of his nose and the eyelids developing, ears are forming as well. The heart and lungs are continuing to develop and now the bronchi (the tubes that lead to the the lungs from the trachea) are starting to branch out. Arms are growing longer and baby now has elbows!!! All this just 6 weeks after conception!!

Wednesday, October 05, 2005

Angin dan Muntah

1 Ramadan, sudah biasa bagi mereka yang biasa berpuasa. Tapi tidak bagi Zuha, bukan kerana tak biasa berpuasa, tapi menahan angin ulu hatinya yang menjadi-jadi. Kata orang memang orang mengandung tak boleh perut kosong, sentiasa kena ada makanan.

Semalam lepas buka, Zuha tak buka dengan nasi kerabu yang kami beli di Kompleks PKNS, Shah Alam. Zuha hanya jamah kurma dan air bunga. Dia kata mahu relaks dulu.
Aku ke surau untuk terawih. Zuha relaks di rumah. Sebelum keluar, aku sapukan minyak angin kat belakang badan Zuha. Anginnya teruk malam ni. Kesian dia.

Jam 10 malam, balik rumah dan tengok Zuha duduk tengok tv. Bungkusan nasi kerabu nampak menggelembong, bermakna aku tahu, Zuha tak habiskan nasi tu. Tak lalu agaknya.

Beberapa ketika kemudian, Zuha muntah. Muntah lagi dan lagi. Segala yang dimakan semunya keluar sebagai muntah. Masam muka Zuha. Angin, muntah, angin, muntah...penangan kehamilan. Lumrah. Sabar je la.

Tuesday, October 04, 2005

Sebelum 1 Ramadan

Lepas balik kerja sebelah petang, aku terus ke Giant PJ beli apa-apa yang patut untuk makan petang ni. Nampak epal, aku teringin, nampak Mee Sea Food Korea, aku teringin. Beli oats buat sahur kot.

Lepas tu terus ke Coffee Beans, Zuha dah pesan Ciabata Tuna pagi tadi. Curious jugak aku camne rupa Ciabata Tuna Sandwich ni. Biasa je. Rasa ? Oklah jugak.

Sampai rumah terus mandi dan solat. Ingatkan nak pergi terawih, tapi rasanya esok je lah lagipun nak masak mee sea food aku beli tadi tu. Lepas goreng mee, aku buat salad macam biasa. Pastu aku goreng nugget ayamaas. Zuha dinner dengan sandwich nya je.

Lepas makan, giliran Zuha pula masak untuk sahur. Zuha masak kentang dan ikan bilis goreng kicap. Simple je. Aku pulak masak nasi. Sahur dengan nasi lebih elok rasanya. Lagipun keadaan Zuha yang camtu. Aku cakap dengan Zuha, kalau tak tahan esok, buka sajalah. Kesian...

Saturday, October 01, 2005

Makan-makan

Zuha kerja dan aku pulak ada class.
Petang ni plan minum petang dengan mak aku dan adik-beradik lain.
Zuha order roti jala dengan supplier PJ hilton tapi terpaksa cancel sebab lambat sampai.

Mak called dan kasi tahu yang Kak Ana masak mee goreng dan kuey teow. Ok sangatlah tu. Tapi kami dah sparekan nugget ayamas dan kentang goreng, in case tak cukup. Lagipun minum petang je, bukan kenduri besar-besaran pun.

Jam 5 petang, mak, Kak Ana, Kak Fiza & Abg Ali sekeluarga, Kak Aya & Abg Atan sekeluarga sampai. Kak Ana bawak kek batik. Sedap. Dah lama tak makan kek batik biskut Merry tu.

Kak Sarah dan Abg Izan menyusul dengan mi hun sup. Rezeki kami.

Makan-makan macam biasa sambil borak tentang Zuha yang sedang mengandung. Biasalah, kakak-kakak kongsi pengalaman mengandung. Kak Aya paling banyak pengalaman agaknya sebab anak dia dah 5. Kak Sarah paling teruk masa mengandung, Kak Fiza pulak paling takde alahan masa mengandung. Rahsianya, makan coklat.

Malam - mak dan Kak Ana tidur rumah kami.

Inilah minum petang pertama bersama sebahagian keluarga di Bukit Subang sebelum Ramadan menjelma.