“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” - Surah Al-Anfaal, ayat 28

Thursday, January 18, 2007

Percaya Diri Ku, Kau , Mereka ...

Sejak kebelakangan ni, banyak juga perkara-perkara yang menyentap perasaan.
Menyentap lembut, sederhana atau kasar, semuanya sama saja kerana ia menggugat sedikit sebanyak sebuah perasaan.

Kadang-kadang perasaan itu hanyut. Ada juga yang tenggelam.
Ada yang tertimbus di bumi. Ada yang terawang-awang.
Hakikatnya perasaan itu berperang dengan kepercayaan dan semangat.

Semangat mungkin pernah hilang, akan hilang atau hilang sekarang.
Di saat ini, aku perlukan sebuah kepercayaan.
Yang penting adalah dari dalam hati.
Itu cabaran, perit atau duka sama saja.

Yang dicari sekarang adalah jawapan.


Percaya Diriku.
Tentukan sendiri.

Tuesday, January 02, 2007

Adha dan Tahun Baru

Hari ini hari Ahad.

Saya balik ke rumah nenek.

Saya lihat ada ramai orang berkumpul.

Rupa-rupanya ada seekor lembu yang bakal disembelih.

Saya lihat lembu itu terbaring.

Akhirnya, lembu itu berdarah.


Lembu itu terbaring



Selamat Tahun Baru