
Isnin malam Selasa, di Astro,
National Geographic, Channel 52.
Dokumentari bertajuk
"In the Womb". Tentang perkembangan bayi dari mula-mula consepsi berlaku sehinggalah minggu ke-40 untuk sedia dilahirkan.
Antara yang diperkatakan adalah...
"....Sebelum bayi bernafas untuk kali pertama di dunia luar dari perut ibu, bayi mengalami perubahana yang menakjubkan! Dari seketul sel sehingga menjadi sekomplek sel yang mempunyai daya ketahanan sendiri..."Dokumentari yang aku rasa hebat ini menunjukkan foto yang amat indah dengan penggunaan teknologi imej 4D yang membongkar kehebatan proses pembesaran bayi dari perkembangan hati, denyutan nadi, perkembangan anggota badan sehingga ke pembentukan paru-paru.
Apa yang menarik antaranya :
1. Bayi mula mengenal suara ibunya seawal bulan ke-5. Suara ibu bergetar di dalam udara dan memasuki rongga perut dan lebih dekat daripada suara-suara luar yang lain. (seperti suara ayah, nenek, dan orang-orang lain)
2. Bayi akan menghisap jarinya semasa di dalam perut ibu. Jari yang mana yang dihisap bakal menunjukkan tangan mana yang akan digunakan oleh bayi selepas dilahirkan. (Kidal atau Kanan)
3. Perut ibu boleh ditembusi cahaya matahari jika terdedah.(sedikit). Bayi boleh merasa tidak selesa jika ini berlaku.
4. Bayi mudah mengenal tempo atau irama yang diulang-ulang. Irama yang tenang dan sederhana akan membuatkan bayi merasa tenang dan selamat. Untuk itu, dinasihatkan ibu mengulang-ngulang irama ciptaan sendiri untuk menenangkan bayi. Kajian menunjukkan, bayi yang menangis akan kembali tenang selepas mendengar muzik atau irama yang sentiasa didengari semasa di dalam kandungan.
5. Bayi meminum air ketuban di dalam perut ibu.
6. Bayi juga bermimpi dan memori pertamanya tercipta di akhir kandungan. Kita boleh tahu bayi sedang bermimpi dengan melihat bibirnya diherot-herotkan semasa dia "tidur" di dalam kandungan menerusi imbasan imej 4D.
7. Kuasa Allah telah menciptakan, selepas cukup 9 bulan, suatu cecair yang tercetus di dalam perut ibu untuk merembes keadaan supaya bayi dikeluarkan dari perut ibu.
Imej-imej dipetik dari www.nationalgeographic.com
= Imej 4D